Home Utama NAP 2020 gabung tiga elemen baharu

NAP 2020 gabung tiga elemen baharu

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad melawat ruang pameran pada Majlis Pelancaran Dasar Automotif Nasional (NAP) 2020 di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 21 FEBRUARI 2020.

KUALA LUMPUR  – Dasar Automotif Nasional (NAP) 2020 yang dilancarkan hari ini menggabungkan tiga elemen teknologi canggih baharu iaitu Kenderaan Generasi Seterusnya (NxGV), Mobiliti sebagai satu Perkhidmatan (MaaS) dan Revolusi Perindustrian 4.0 (Industri 4.0).

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata teknologi kenderaan adalah tumpuan pembangunan yang kritikal bagi pengeluar kereta dunia pada hari ini bagi meningkatkan keselamatan kenderaan serta menjadikan mobiliti lebih pintar dan mesra alam sekitar.

Beliau berkata, selain menyelaras dengan trend teknologi terkini, NAP 2020 juga menyasar menambah baik dasar semasa di samping memperkenalkan langkah-langkah baharu yang akan menjadi dasar pembangunan perindustrian holistik, menyediakan kepada keperluan berbeza pelbagai pemegang kepentingan dalam rantaian nilai.

“Sehubungan itu, NAP 2020 telah menimbang semua kemungkinan elemen dalam bidang penyelidikan dan pembangunan, penyertaan syarikat domestik dalam rantaian bekalan tempatan dan global, aktiviti kejuruteraan, pembangunan kapasiti tenaga kerja tempatan, peningkatan eksport serta insentif pelaburan,” katanya.

Beliau berkata ketiapada majlis pelancaran NAP 2020 yang turut dihadiri Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Darell Leiking.

Dr Mahathir menambah, NAP 2020 harus dilihat oleh rakyat sebagai dokumen dasar keseimbangan dan komprehensif yang akan mengimbangkan kepentingan semua pemegang kepentingan dalam sektor automotif domestik.

Tegas beliau, NAP 2020 juga akan menetapkan kadar untuk penambahbaikan dan menyediakan industri automotif negara untuk bergerak ke arah fasa seterusnya mobiliti yang bersambung.

“Sebagai kesimpulan, kejayaan sebenar NAP 2020 bagaimanapun, terletak pada pelaksanaan tujuh roadmap dan pelan tindakan masing-masing.

“Oleh itu, saya menyeru semua pemegang kepentingan dari agensi kerajaan ke sektor swasta untuk terus bekerjasama secara objektif ketika kami melancarkan pelaksanaan NAP 2020,” katanya.

Mahathir turut memberitahu sektor automotif tidak terhad kepada pembuatan kereta.

Katanya beliau, sektor itu membuka pintu kepada kemungkinan kejuruteraan tanpa batas yang boleh melengkapkan sektor ekonomi lain.

“Ini digambarkan dengan baik oleh negara penghasil automotif di mana pembangunan vendor untuk pengeluaran komponen dan komponen telah mencipta banyak pekerjaan dan tenaga kerja yang mahir, serta menjana banyak peluang perniagaan untuk Perusahaan Kecil Dan Sederhana.

“Dalam konteks ini, kewujudan industri automotif tempatan akan terus merangsang peluang lain bagi rakyat Malaysia untuk membangunkan keupayaan kejuruteraan kita sendiri dan meningkatkan kemahiran dan pengetahuan kita dalam teknologi.

“Oleh itu, saya ingin menyarankan semua pemain industri dari pengilang peralatan asli kepada syarikat tempatan untuk terus bekerjasama untuk meningkatkan penggunaan syarikat-syarikat tempatan dalam aktiviti nilai tambah tinggi domestik serta rantaian bekalan global.

”Ini membolehkan kita bersama-sama dapat mewujudkan ekonomi yang positif terutamanya dalam pemindahan teknologi dan penyediaan pekerjaan sambil mengembangkan pelaburan dan meningkatkan eksport,” katanya. – MalaysiaGazette