Home Utama Itu ucapan Kit Siang pada 1969, kenapa Pas bangkitkan semula? – Hanipa

Itu ucapan Kit Siang pada 1969, kenapa Pas bangkitkan semula? – Hanipa

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin dalam sidang media berkenaan isu penyeberan berita palsu di Bangunan Hal Ehwal Undang-Undang, Putrajaya. foto SYAFIQ AMBAK, 21 FEBRUARI 2020.

PUTRAJAYA – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin kesal dengan sikap sesetengah pemimpin Pas yang didakwa sanggup menyebar fitnah dan berita palsu menerusi kenyataan kononnya DAP hendak menghapuskan kuota Bumiputera.

“Ada juga sesetengah pihak dari pembangkang, contohnya, pemimpin Pas yang mendakwa, kononnya DAP hendak hapuskan kuota Bumiputera, padahal itu ucapan Lim Kit Siang pada tahun 1969.

“Kenapa harus kita bangkitkan perkara lama, perkara yang tidak sepatutnya? Kerana fitnah itu akan menimbulkan keresahan, sekali gus mengakibatkan terjejasnya perpaduan.

“Kita di Malaysia ini hendak kekalkan perpaduan, kerajaan yang stabil,” katanya.

Sehubungan dengan itu, beliau mengingatkan bahawa kerajaan tidak akan berdiam diri dengan penyebaran berita palsu.

Mohamed Hanipa turut memberi amaran, setiap mereka yang menyebarkan fitnah tidak akan terlepas dari perbuatannya itu.

Beliau berkata demikian dalam sidang media bersama Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Eddin Syazlee Shith di pejabatnya di sini, hari ini. – MalaysiaGazette

5 Komen

  1. Sememang itu yg LKS mau lakukan, Dr dlu smpai sekarang, kmu sja yg x nmpak, akal xbolih pkai kmu pn bersubahat bersekongkol sama DAP. Ingat2 la ape dh jd skrang, Melayu dh berpecah 5.

  2. Pelik puak aku rasa… Kalau betul perangai dap macam tu kenapa najib penyamun masa ada kuasa dulu tak haramkan dap dan halau keluarga kit siang ni keluar dari malaysia… Sekarang baru nak menyalak dah tak guna dah…

Comments are closed.