Prototaip projek kereta nasional ketiga sudah siap namun tidak akan dipamerkan kepada orang ramai, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Perdana Menteri berkata, ketika ini, projek tersebut hanya menunggu pelabur yang berminat untuk melaksanakannya.
Jelas beliau, sebagai kereta pada masa akan datang, projek kereta nasional itu dilengkapi teknologi baharu agar kompetitif di pasaran.
“Kita ada kapasiti dan memerlukan pelaburan. Jadi kita akan minta sektor swasta yang berminat dan melabur serta menghasilkan kereta.
Tun M. Idea perusahaan kereta tu dah basi ketinggalan zaman sama macam umur Tun M. Sesiapa pun tak pernah buat analisa “kegagalan” Proton yang sebenarnya diterajui oleh orang tua ni. Mula2 seorang doktor yang ingin menerajui sebuah perusahaan teknologi sederhana? Tak pernah berlaku! Cuma kat Malaysia saja, cuba lihat apa
dah jadi? Jenama lebih muda dari Proton iaitu KIA maju ke pesada antarabangsa, kita masih kat kampung! Pasal apa? R&D kereta untuk satu2 model perlu berBillion USD , itu pasti dan tak boleh buat stail Malaysia satu Billion tahun ni 2 Billion 2 tahun depan. Jika ia perlu 7 Billion duit tu mesti diberikan dalam masa yang perlu. Pembuatannya mesti menepati kualiti antarabangsa dari atas pelan kertas lagi.Mana ada model Proton yang lulus kualiti Eropah/Amerika. Orang lain jual beratus ribu buah kereta kat luar negara. Kita seribu dua kat Pakistan dengan Mesir saja. Tapi Tun M juga hero! Abang ipar dia seorang ekonomis tersohor dan Gabenor Bank Negara mensihat supaya jangan memulakan industri otomobil Malaysia, tapi Tun M dimana dengar nasihat orang, dia sorang saja yang betul ( satu ciri seorang diktator)
Klau indutri kereta ni adalah inisiatif pihak persendirian pasal apa orang tua tu terhegeh hegeh mengumumkan ini ” Perusaan Otomobil Nasional ke3″?