Home Seni Hidup Aliff Syukri, bertaubatlah – Ali

Aliff Syukri, bertaubatlah – Ali

Adik kepada Allahyarham Abam Bocey, Syed Ali Mubarak dilihat sugul sewaktu bercakap pada sidang media khas mengenai penjelasan tindakan balu Allahyarham Abam, Nurhidayah Mohd Ali sewaktu ditemubual oleh Datuk Aliff Syukri di The Port, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 21 FEBRUARI 2020.

PETALING JAYA – Jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri diminta segara bertaubat kerana telah memecahkan silaturahim dua keluarga yang kini menjadi cemuhan masyarakat.

Adik kepada arwah Abam, Ali Puteh yang menggelarkan Aliff sebagai insan terhebat berkata, keluarganya berasa kecewa apabila dipergunakan dan dimalukan dalam video yang dirakam secara langsung oleh usahawan itu baru-baru ini.

Dia tidak menyangka Aliff sanggup membuka aib keluarga orang lain tanpa mendengar penjelasan pihak kedua untuk mendapat fakta yang betul.

“Kami puji dan tidak kisah jika insan hebat ini ingin menyampai bantuan kepada balu dan anak Abam.

“Tapi ini dia cuba lariskan saluran Youtube dengan menggunakan kematian abang saya selepas apa yang dibuat kepada adik Balqis.

“Tindakan itu tidak adil untuk abang saya selepas video itu keluar kerana tidak mendapat penjelasan daripada keluarga kami.

“Dia buka aib keluarga kami dan pecah belahkan silaturahim. Mana adab dia sebagai orang Islam?

“Bertaubatlah, dia pun ada anak dan tidak kah terfikir jika dia meninggal dunia nanti anak-anak dia akan berebut harta juga,” katanya.

Adik kepada Allahyarham Abam Bocey, Syed Ali Mubarak bercakap pada sidang media khas mengenai penjelasan tindakan balu Allahyarham Abam, Nurhidayah Mohd Ali sewaktu ditemubual oleh Datuk Aliff Syukri di The Port, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 21 FEBRUARI 2020.

Dia berkata demikian pada sidang media khas selepas tindakan isteri Abam, Siti Nurhidayah Mohd Ali ditemubual oleh Aliff Syukri kelmarin yang kini viral di media sosial.

Dia kini turut dikecam kerana memuat naik hantaran yang menyamakan kakak iparnya sebagai berhati binatang.

Jelas Ali, dia dengan rendah hati memohon kepada Siti Nurhidayah dan seluruh rakyat Malaysia kerana mengguna ayat yang kesat itu.

Ali berkata, ketika itu, dia berada dalam marah dan serabut selepas mengetahui jawapan kakak iparnya dalam video itu.

“Sampai hari ini peminat masih lagi melawat dan dianggarkan lebih 50,000 yang hadir sama ada di rumah atau tanah perkuburan.

“Saya masih sibuk melayan mereka dan tiba-tiba dapat mesej bertalu-talu menghentam saya selepas video itu keluar.

“Bila saya dengar terus jadi marah dan terlepas cakap. Saya mohon maaf kepada semua dan juga memaafkan sesiapa yang mengutuk saya dan keluarga,” katanya. – MalaysiaGazette