PUTRAJAYA – Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) bermula sebentar tadi selepas Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP).
Dr Mahathir yang juga Perdana Menteri berbaju merah dilihat memasuki perkarangan YKP jam 8.30 malam.
Terdahulu antara yang hadir adalah Timbalan Perdana Menteri, yang juga Presiden PH, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu.
Turut dilihat memasuki perkarangan YKP adalah Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
Turut kelihatan, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mesyuarat yang diadakan secara tertutup itu dijangka membincangkan isu tarikh peralihan kuasa antara Dr Mahathir dan Anwar Ibrahim.
Kali terakhir gabungan itu bermesyuarat tiga bulan lalu. -MalaysiaGazette
Tiada tarikh spesifik, selagi mahu dan mampu selepas APEC…