KUALA LUMPUR – Himpunan 220220 yang berlangsung di Dataran Merdeka oleh Pertubuhan Gabungan Kuasa Rakyat hari ini berkemungkinan akan diadakan kembali sekiranya 10 tuntutan yang dibuat tidak didengar kerajaan.
Presiden Sedar Rakyat, Mohamad Nazrin Norani berkata, tidak mustahil untuk mengadakan semula himpunan berkenaan kerana ia dibuat untuk kebajikan rakyat.
Beliau berkata, pihaknya memberi tempoh 100 hari untuk kerajaan menunaikan tuntutan itu dan jika tidak satu kaedah akan dibincangkan bagi tujuan itu.
“Kalau 100 hari mereka tidak mahu tidak ada tanda-tanda mereka akan ikut tuntutan rakyat, maka kita akan bincang macam mana kerajaan akan dengar suara kita lagi sekali,” katanya ketika ditemui selepas himpunan berkenaan yang berlangsung di Dataran Merdeka di sini hari ini.
Mohamad Nazrin berkata, kerajaan harus menunaikan tuntutan berkenaan kerana jika ia dipatuhi negara akan menjadi bertambah baik.
Sebaliknya kata beliau, jika 10 tuntutan itu tidak dipenuhi, kerajaan perlu memulangkan semula mandat kepada rakyat dengan membubar Parlimen supaya pemilihan kerajaan baharu dapat dilakukan.
Antara 10 tuntutan itu ialah bertanggungjawab terhadap kegagalan memimpin dan mentadbir negara, Perdana Menteri dan anggota Kabinet wajib meletakkan jawatan, barisan kepimpinan baharu harus bebas daripada sebarang skandal serta bertanggungjawab ke atas kedaulatan undang-undang dan maruah institusi yang tercemar.
Selain itu, mereka juga menuntut agar Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPR), Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Peguam Negara yang mengundang persepsi negatif meletakkan jawatan kerana institusi-institusi berkenaan wajib bebas daripada pengaruh politik.
Mengulas mengenai himpuan yang diadakan Mohamad Nazrin berkata, himpunan tersebut dianggap berjaya apabila dapat mengetengahkan aktivis baru yang mewakili golongan tertentu dan berkongsi cerita sebenar tentang apa yang berlaku kepada rakyat marhaen ketika ini.
Malah, himpunan tersebut yang diadakan selama dua setengah jam bermula pukul 2 hingga 4.30 petang itu mendapat sambutan daripada peserta Singapura, Perlis, Kedah dan Terengganu dengan jumlah kehadiran seramai 2,200 orang, katanya. – MalaysiaGazette
ngapa guna nana Singapura
Peserta Singapura boleh balik negeri BUAT PERHIMPUNAN DEMOKRASI? disana! Buatlah didepan parlimen anda! Hari2 pun tidak mengapa!
JANGAN MENYIBUK DISINI! Kami tak perlukan anda!
Negara kami bebas bersuara, mengkritik, kamu rakyat Singapura elok berambus dan baiki sistem demokrasi anda?
awak ingat bubar parlimen 10 perkara itu boleh selesai ke. siapa yang akan laksanakan.
Buang masa je perhimpunan2 ni… Lebih baik la pergi masjid silat berjamaah dan berdoa moga negara bertambah makmur dari sibuk buat perhimpunan semata nak selamatkan najib penyamun…