Home Politik Ahli parlimen pro Tun M dijangka serah SD hari ini

Ahli parlimen pro Tun M dijangka serah SD hari ini

KUALA LUMPUR – Susulan empat parti politik yang bermesyuarat secara serentak hari ini, ahli-ahli parlimen dijangka menghantar dokumen akuan bersumpah (SD) di kediaman Tun Dr. Mahathir Mohamad di The Mines Resort, Seri Kembangan petang ini.

Tinjauan MalaysiaGazette sejak jam 4.30 petang tadi di pos keselamatan The Mines Resort, mendapati hanya sebuah kereta milik mewah seorang timbalan menteri beredar daripada kediaman peribadi Perdana Menteri itu.

Bagaimanapun identiti timbalan menteri itu tidak dapat dipastikan kerana kereta Toyota Vellfire yang dinaikinya mengenakan cermin gelap.

Terdahulu, Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) telah mempengerusikan mesyuarat tertutup Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu di ibu pejabat Bersatu, di Petaling Jaya, sejak jam 9 pagi tadi.

Ketika Bersatu sedang bermesyuarat, Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali juga mengadakan pertemuan tertutup di Hotel Sheraton, Petaling Jaya.

Antara yang hadir dalam pertemuan tertutup itu ialah Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Menteri Kerja Raya, Baru Bian.

Selain itu, Majlis Tertinggi UMNO juga bermesyuarat ibu pejabat parti itu di Ibupejabat UMNO di sini tepat jam 4 petang tadi.

Difahamkan rakan Muafakat Naisonal, Pas juga akan membuat mesyuarat tergempar malam ini, dipercayai berhubung sokongan parti itu kepada Mahathir sebagai Perdana Menteri sehingga habis penggal ini. – MalaysiaGazette

3 Komen

  1. adakah mereka nak singkirkan dap atau anwar. ph ada janji dengan rakyat. anwar ganti mahadir sebagai pm. mahadir terbukti gagal dalam ph. mahadir patut letak jawatan bukan nya buat komplot songsang tanpa perkenan rakyat. celaka lah pengkhianat harapan rakyat. hidup tak berkat. mati dapat azab.

    • Setuju. Mmg celakalah pengkhianat agama. Apatah lagi yg mengaku Islam tp sanggup jadi khadam dan barua kafirin. Bila terbubar PH, maknanya kompem hidup x berkat. Tu pasal jadi kerajaan setengah penggal.

      PH, bila berkata ia dusta, bila berjanji ia mungkiri, diberi amanah ia khianat. Mmg sah munafiq, cukup dah segala syarat. Biar mati dibakar jer, x payah kafan… X payah disolatkan. Join kafir harbi tu sekali.

    • laaaaa yg hangpa pakatan hancing janji nak batal tol, nak turun kan harga kereta, nak turun minyak RM1.50 tu apa citer????

Comments are closed.