Home Nasional Shafie kelihatan di hotel mesyuarat GPS

Shafie kelihatan di hotel mesyuarat GPS

KUALA LUMPUR – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal kelihatan hadir di hotel yang menjadi lokasi mesyuarat ahli-ahli Parlimen Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Shafie yang juga Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN) tiba kira-kira jam 5.30 petang dan terus menaiki lif.

Ahli-ahli GPS termasuk Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg sudah berada di hotel sejak jam 2 petang.

Mesyuarat itu dipercayai ada kaitan dengan spekulasi pembentukan Kerajaan Persekutuan baharu. – MalaysiaGazette