Home Nasional Struktur kondo dalam pembinaan di Kajang runtuh

Struktur kondo dalam pembinaan di Kajang runtuh

Keadaan perancah runtuh menghempap konkrit yang dibina di Mont Kiara Kajang

KUALA LUMPUR – Struktur sebuah kondominium dalam pembinaan di Mont Kiara Metro Kajang, dilaporkan runtuh kira-kira jam 3 petang tadi.

Sumber berkata, kejadian dipercayai akibat perancah yang tidak diselenggara dengan baik sehingga menyebabkan ia tidak mampu menampung berat plat ketika memindahkannya ke lantai bangunan.

“Plat itu terjatuh sehingga menyebabkan konkrit yang sedang dibina runtuh,” katanya.

Timbalan Presiden Persatuan Pekerja Mahir Kren Menara Malaysia (PERKREMA), Raziz Abd Rahman berkata pihaknya sudah menerima maklumat itu dan sedang menunggu siasatan pihak berkuasa.

Baru-baru ini, media melaporkan sebuah kondominium dalam pembinaan di Jalan Desa Bakti 2, Taman Desa, di sini, dilaporkan runtuh ketika hujan lebat. – MalaysiaGazette