Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mengingatkan semua pihak agar bertenang dengan perkembangan politik ketika ini.
Beliau menegaskan, semua pihak diingatkan tidak membuat sebarang spekulasi terhadap proses peralihan kuasa, khususnya yang melibatkan Tun Dr Mahathir Mohamad. “Orang ramai diingatkan tidak membuat sebarang spekulasi.
“Proses demokrasi sedang berjalan dengan baik. “Insya-Allah dalam masa terdekat segala keputusan yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong (YDPA) akan dapat diumumkan dalam masa terdekat,” katanya kepada pemberita selepas menghadap YDPA di Istana Negara, petang ini.