KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Barisan Nasional dan Pas mengadakan perjumpaan tertutup di Restoran Riverside di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini malam ini.
Perjumpaan yang bermula pukul 9 malam itu menyaksikan kehadiran pemimpin seperti Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak; Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya, Tuan Ibrahim Tuan Man.
Turut menyertai perjumpaan itu adalah Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong dan Timbalan Presiden MIC, Datuk M Saravanan.
Pihak media yang sebelum itu berada di dalam restoran itu bagaimanapun diarahkan keluar sebelum perjumpaan bermula.
Sejurus berada di luar, pintu restoran ditutup serta-merta dan setiap individu yang masuk akan diperiksa oleh Polis Bantuan. – MalaysiaGazette
HAIRAN YER….
MENGAPALAH YANG SUKAR SANGAT UMNO “MERIHATKAN KEAHLIAN” PEMIMPIN2 YANG TERLIBAT DENGAN KES2 MAHKAMAH SEHINGGA MAHKAMAH MEMBEBASKAN MEREKA.
SEKIRANYA PERKARA TERSEBUT DIAMBIL, ADALAH DIYAKINI KEMELUT POLITIK TANAHAIR SEPERTI YANG DIHADAPI SEKARANG MUDAH UNTUK DILERAI DAN KEWUJUDAN UMNO DAPAT DI TERIMA BAIK OLEH SEMUA PIHAK