Home Krik Krik Jemaah Menteri bakal ‘hilang’ pendapatan lumayan!

Jemaah Menteri bakal ‘hilang’ pendapatan lumayan!

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bercakap pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Jemaah Menteri Mengenai Wawasan Kemakmuran Bersama 2021-2030 di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya. foto AFFAN FAUZI, 14 SEPTEMBER 2019

KITA semua maklum yang semalam Seri Paduka Banginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan membatalkan semua pelantikan menteri-menteri kabinet sejajar dengan peletakan jawatan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd. Zuki Ali berkata, sehubungan itu, tugas-tugas anggota pentadbiran yang merangkumi Timbalan Perdana Menteri, Menteri dan Timbalan Menteri serta Setiausaha Politik adalah terhenti.

Justeru itu, tahukah anda dengan pembatalan ini, setiap daripada mereka terutama Menteri- Menteri ini akan ‘kehilangan’ pendapatan yang cukup lumayan!

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail tidak lama dulu pernah mendedahkan yang gaji dan elaun menteri kabinet Pakatan Harapan adalah sama dengan apa yang dibayar kepada menteri BN, cuma ditolak 10 peratus.

Katanya pada portal Malaysiakini, menteri-menteri PH yang juga adalah ahli parlimen, menikmati elaun yang sama seperti wakil rakyat lain kecuali elaun kehadiran RM400 sehari untuk menghadiri sidang parlimen. Beliau berkata selain elaun MP, menteri juga boleh menuntut elaun berikut secara bulanan.

Contohnya, kata Saifuddin, elaun keraian sebanyak RM12,000, elaun menteri Kabinet (RM4,000), elaun perumahan sebanyak RM4,000 (tidak boleh dituntut jika tinggal di kediaman rasmi), elaun pembantu rumah (RM2,500), elaun pemandu (RM2,500). Kesemua elaun tetap ini berjumlah RM25,000 sebulan.

Jelas Saifuddin, mereka juga diberikan elaun cuti, termasuk penerbangan kelas pertama atau perniagaan sekali setahun untuk menteri dan pasangannya, serta penerbangan kelas ekonomi untuk anak-anak mereka yang berumur bawah 21 tahun. Para menteri juga, katanya, boleh menuntut elaun harian dan elaun makan jika mereka perlu melakukan perjalanan untuk kerja.

Baik, kalau kita layari Portal Perisytiharan Harta yang dibangunkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM), Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengungguli senarai nilai aset dan pendapatan yang diisytiharkan oleh para pemimpin dan wakil rakyat kerajaan PH di negara ini.

Menteri Kewangan dan Setiausaha Agung DAP itu berpendapatan sebanyak RM86,464.92 sebulan. Saifuddin yang menduduki tempat kedua dalam senarai tersebut itu mempunyai pendapatan bulanan sebanyak RM77,629.68. Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Dalam Negeri mempunyai pendapatan berjumlah RM72,276.37.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa (RM53,736.48); Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (RM50, 238,88); Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin (RM51,236.48) dan Teresa Kok Suh Sim (RM68,142.66).

Anda boleh layari pendapatan Menteri-Menteri lain juga di laman web mydeclaration.sprm.gov.my.  Jumlah pendapatan itu termasuk gaji, elaun tetap, pendapatan diterima daripada sewaan seperti bangunan dan tanah dan lain-lain pendapatan yang diterima secara bulanan seperti gaji ahli lembaga pengarah.

Mungkin tidak lengkap kalau tidak dinyatakan pendapatan Tun Dr. Mahathir Mohamad. Pendapatannya adalah kira- kira RM100,000 sebulan manakala Datin Seri Wan Azizah pula RM59,048,33.

Dalam erti kata lain, dengan pembubaran kabinet ini, selain kempunan tak dapat pencen dan jawatan melayang, nampaknya ‘isi poket’ juga banyak yang terbang!

Nasib badan… – Malaysia Gazette

9 Komen

  1. Rakyat sudah bayar gaji mereka supaya disuruh memakmurkan Negara, tetapi lain pulak jadi nya, apabila ada yang gelojoh hendak jadi PM. Kesian menteri-menteri yang tiada Sijil hilang duit pencen dan gaji puluh ribu sebulan.

  2. Ptut lh smua bkas menteri cap ayam nk sgt jadi menteri, rupa nya rangah duit ya…bgus si tamak2 ini dah tak jadi menteri, padan muka ko menteri cap ayam , kerja ke laut dapt gaji lumayang…pgajaran kpd menteri2 yg tak blh buat kerja n menteri2 cap ayam, blik rmh ternak ayam lh..lpas ni..

  3. Tempoh lebih 600 hari telah diberikan untuk membuktikan kemampuan menjadi menteri, timbalan etc. Hasilnya semua tak perform malah menjahanamkan ekonomi negara!

  4. Sebuah RCI perlu segera ditubuhkan untuk menyiasat menteri2 yang terlibat dalam isu penjualan aset2 TH dan juga penambahan hutang negara yang amat luar biasa!

Comments are closed.