Home Dunia MH17: Pendakwaraya Belanda dakwa ada saksi lihat pelancaran BUK

MH17: Pendakwaraya Belanda dakwa ada saksi lihat pelancaran BUK

Serpihan pesawat MH17 yang ditembak jatuh di Donetsk, Ukraine pada tahun 2014.
MOSCOW – Pendakwaraya Belanda, Fred Westerbeke, yang menyelaras Pasukan Siasatan Bersama (JIT) untuk menyiasat punca pesawat Boeing, B777 milik Malaysia Airlines ditembak jatuh di wilayah Donbass, Ukraine mendakwa beliau mempunyai saksi yang melihat pelancaran peluru berpandu Buk.
Beliau menyatakan demikian semasa muncul di rangkaian televisyen Amerika Syarikat, CBS, Westerbeke ditanya sama ada JIT mempunyai saksi yang melihat pelancaran peluru berpandu itu.

“Saya boleh katakan saya ada saksi. Berapa banyak? Saya tidak kata berapa banyak?,” kata pendakwaraya itu.

Westerbeke berkata, mayat 296 daripada 298 mangsa kemalangan pesawat itu telah dikenalpasti.

Pada 17 Julai 2014 penerbangan MH17 yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas di wilayah Donbas menyebabkan semua penumpang terbunuh.

Ukraine dan puak pemisah pro Rusia di wilayah Donbas saling menuding jaring ke arah satu sama lain terhadap siapa yang bertanggungjawab ke atas insiden tersebut.

Kemalangan tersebut disiasat oleh JIT yang diketuai Belanda dan ia dilakukan tanpa penyertaan Moscow.

JIT mendakwa pesawat tersebut ditembak jatuh oleh peluru berpandu berasal dari tentera Rusia, BUK.

Menteri Luar Rusia menafikan dakwaan tersebut dengan menyifatkannya sebagai tidak berasas dan bias, manakala jurucakap Presiden, Dmitry Peskov berulang kali menyatakan Rusia menafikan sebarang dakwaan pembabitan dalam insioden itu.

Pada 18 Februari lalu, wartawan Belanda, Max van der Werff mendedahkan tentang kelemahan siasatan JIT dalam siasatan kemalangan pesawat itu dengan menekankan data yang tidak konsisten. – Agensi