Home Seni Hidup Elfira Loy dilantik duta Elegant Cosmetics

Elfira Loy dilantik duta Elegant Cosmetics

Rezeki Elfira Loy terus bertambah sejak bergelar ibu.

KUALA LUMPUR – Rezeki pelakon Elfira Loy terus bertambah sejak bergelar ibu kepada Muhamad Rayyan Khalaf yang kini berusia lima bulan apabila dilantik duta Elegant Cosmetics.

Produk krim pencerah Whitening Emulsion itu menjadi pilihan Elfira yang berusia 25 tahun selepas menggunakannya sebagai testimonial selama sebulan

“Saya bersetuju menjadi duta Whitening Emulsion ini selepas saya mencuba sendiri dan melihat keberkesanannya di mana produk yang tidak melekit dan bau yang menyenangkan.

“Lebih menarik, produk ini meliputi semua fungsi apabila pengguna tidak perlu lagi menggunakan apa-apa krim atau lapisan bedak asas yang lain.

“Malah turut sesuai untuk muka dan badan termasuk untuk kaum lelaki,” katanya pada majlis pelancaran produk itu baru-baru ini.

Whitening Emulsion dikeluarkan oleh Elegant Cosmetics yang merupakan produk sulung mereka dan diilhamkan membantu para pengguna dalam memberi keselesaan serta kecerahan pada kulit wajah dan tubuh badan.

Krim pencerah itu direka khas dan bersesuaian bagi cuaca di Malaysia khususnya Asia yang sentiasa panas dan lembab mempengaruhi tona kulit yang tidak sekata.

Pada masa sama, ianya mampu mengembalikan keremajaan pada kulit dan memperbaiki struktur serta merawat masalah terutama jeragat dan pori terbuka.

Elfira Loy menjadi pilihan utama Elegant Cosmetics.

Produk yang berasaskan air ini dilengkapi dengan vitamin E dan B3 yang membantu mengatasi masalah penuaan di samping mencerahkan tona kulit. Ia juga berfungsi sebagai asas solekan yang bertindak menutup cela kulit seiring dengan fungsi kandungan SPF 50++ dalam mengelakkan sinaran UVA dan UVB.

Sementara itu Pengarah Elegant Cosmestis, Jane Haya berkata, pihak mengambul proses yang lama bagi menghasilkan satu formulasi produk dalam usaha memenuhi apa yang pelanggan inginkan pada masa kini.

“Bagi Elegant Cosmetics kami amat perihatian terdapat kualiti produk yang dihasilkan, merangkumi citarasa dan kehendak wanita masa kini.

“Whitening Emulsion dicipta dengan campuran ramuan bermutu tinggi dari dalam dan luar negara seperti Perancis dan Switzeland serta melihat kepada permintaan dan pasaran kosmetik yang makin berkembang didalam dan luar negara, pihak syarikat yakin untuk menjadi salah satu pemain utama pada masa akan datang,” katanya.

Dalam pada itu, Whitening Emulsion dijamin selamat untuk digunakan kerana telah didaftarkan dibawah Sistem Notifikasi Kementerian Kesihatan Malaysia.

Ia dijual pada harga RM79.90 bagi Sememanjung Malaysia, RM84.90 untuk pasaran Sabah dan Sarawak dan boleh didapati dari rakan niaga yang sah sahaja. – MalaysiaGazette