Home Utama Pilihan raya terbaik pulih negara – Takiyuddin

Pilihan raya terbaik pulih negara – Takiyuddin

full scale MCO Minister at Prime Minister's Department, Datuk Takiyuddin Hassan. PIX: HAZROL ZAINAL / MalaysiaGazette / 25 FEBRUARY 2020. parliament sitting Malaysia
Minister at Prime Minister's Department, Datuk Takiyuddin Hassan. PIX: HAZROL ZAINAL / MalaysiaGazette / 25 FEBRUARY 2020.

KUALA LUMPUR – Berikutan keadaan negara yang gawat dengan politik, ekonomi, politik, dan keamanan, pilihan terbaik untuk memulihkan situasi ini ialah membubarkan Dewan Rakyat.

Demikian tegas Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berhubung perubahan dalam membentuk kerajaan baharu berlaku tanpa diduga dalam Muafakat Nasional (MN).

Beliau berkata, Pas dan rakan dari blok pembangkang bersedia untuk menjelaskan kepada rakyat mengenai siapa kerajaan yang boleh memimpin mereka.

“Ini adalah pendirian kita bersama,” katanya pada sidang media khas Setiausaha Agung Bersama MN di Bangunan Dato’ Onn di sini, hari ini.

Sebelum itu, beliau mengucapkan jutaan junjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong kerana telah mengambil inisiatif dan langkah yang bijak berteraskan Perlembagaan untuk cuba meleraikan kemelut yang berlaku.

Kata beliau, dengan keputusan MN dan kaedah yang diperkenalkan Perdana Menteri interim, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk membentuk kerajaan baharu, maka tidak berlaku lagi desas desus kerajaan pintu belakang.

“Ini tidak relevan lagi. Semua sudah runtuh, ‘rumah’ itu sudah terbakar, tidak ada lagi pintu belakang, pintu depan.

“Bagi Ahli Parlimen blok pembangkang, kita lihat tidak timbul di sini unsur seumpama merampas kerajaan sebagaimana  dituduh Pakatan Harapan (PH),” katanya.

Kata beliau, mengikut pelan asal, MN sudah boleh membentuk kerajaan baharu yang dinamakan Perikatan Nasional kerana mereka mendapat lebih 130 kerusi yang menyokong.

“Kita dalam proses peringkat akhir untuk memeteraikan pakatan baharu, Perikatan Nasional ini.

“Presiden parti MN mengadap Yang di-Pertuan Agong untuk menyerahkan SD, malangnya, apa yang dirancang tidak kesampaian, di mana Dr. Mahathir meletakkan jawatan,” katanya. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Kalau Atok bina semua PHancing2.0 masalah tak akan selesai. Hari2 otai2 basi ini akan terus meratib kerusi PM, kerusi PM 48 jam sehari sehingga semua para pelabur cabut lari membawa sekali kilang2 mereka keluar.

    Sekarang ni pun ramai yang dah tiada kerja, tiada sumber pendpatan! kah..kah…kah..

Comments are closed.