Rombongan dua bas persiaran yang membawa lebih 40 ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) tiba di Istana Negara kira-kira jam 3.33 petang tadi bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong (YDPA), Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Kehadiran mereka bagi memenuhi undangan YDPA dalam sesi temubual yang akan dikendalikan oleh baginda sendiri yang memakan masa dua hingga tiga minit bagi setiap ahli Parlimen.
Ahli Parlimen BN yang hadir ke Istana Negara pada petang ini diketuai oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan diiringi oleh Ketua Wanita UMNO, Datuk Noraini Ahmad.
Turut kelihatan Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak; Ahli Parlimen Pontian, Datuk Ahmad Maslan dan Ahli Parlimen Cameron Highlands, Ramli Mohd Nor.