Berikutan keadaan negara yang gawat dengan ekonomi, politik, sosial dan keamanan, pilihan terbaik untuk memulihkan situasi itu ialah dengan membubarkan Dewan Rakyat.
Demikian tegas Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berhubung perubahan dalam membentuk kerajaan baharu berlaku tanpa diduga parti dalam Muafakat Nasional (MN).
Beliau berkata, Pas dan rakan dari blok pembangkang bersedia untuk menjelaskan kepada rakyat mengenai siapa kerajaan yang boleh memimpin mereka.