KUALA LUMPUR – Seluruh rakyat di negara ini diminta bersabar dan memerhati perkembangan politik ini secara waras, seterusnya bertindak dengan bijak apabila mengundi pada pilihan raya akan datang.
Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, sesungguhnya itulah satu-satunya kuasa mutlak yang rakyat seperti yang diperuntukkan Perlembagaan Persekutuan.
Beliau yang memahami kegelisahan rakyat dengan situasi semasa mengakui masih berasa sangat terkejut dengan permainan politik yang agak ekstrem dan penuh drama.
Bagaimanapun, katanya, beliau mengambil sikap untuk bersangka baik bahawa seluruh babak dalam drama ini adalah untuk menambahbaik pentadbiran yang sedia ada, yang secara relatifnya boleh dianggap sebagai gagal.
“Meskipun begitu tidak dinafikan terdapat juga watak-watak politikus yang ketara bertindak demi mempertahankan kepentingan peribadi.
“Apapun nama kerajaan baharu, malah siapapun yang akan menerajuinya nanti, mereka hendaklah insaf dan sedar bahawa rakyat mahukan sebuah pentadbiran yang efisyen, telus dan penuh pertanggungjawaban,” katanya.
Ini kerana rakyat telah cukup menderita serta bosan dengan alasan berhelah sebelum ini.
“Saya sangat berharap kerajaan baharu nanti mampu mengunjurkan strategi-strategi mampan dan efektif untuk menjana ekonomi negara dan memangkin perniagaan, sekaligus mewujudkan peluang-peluang pekerjaan,” ujar beliau. – MalaysiaGazette
Bagusnya serah kuasa kembali pada rakyat. Rata-rata rakyat Malaysia menderita dibawah PH. Pemimpin PH tidak berjiwa rakyat. May God save Malaysia.
PH ni mmg babi lah..ada pemimpin yg bagus mcm Tan Sri Khalid ko buang…korang ni mmg giler kuasa..