Home Utama Saya mohon maaf kepada semua rakyat Malaysia – Dr Mahathir

Saya mohon maaf kepada semua rakyat Malaysia – Dr Mahathir

Tun Dr. Mahathir Mohamad

Berikut adalah perutusan khas Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad

1. Terlebih dahulu izinkan saya memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia kerana keadaan politik negara yang agak kucar-kacir dan mungkin menimbulkan keresahan di kalangan tuan- tuan dan puan-puan.

2. Seperti umum ketahui, saya telah menyerah surat peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri ke-7 kepada Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong.

3. Walaubagaimanapun, saya telah dipanggil mengadap Yang diPertuan Agong kemudiannya, dan setelah berbincang selama lebih satu jam, Tuanku telah bersetuju menerima surat peletakan jawatan saya dan setelah itu menitah saya supaya menjadi Perdana Menteri Interim.

4. Ada banyak sebab mengapa saya meletak jawatan tetapi cukuplah saya katakan bahawa saya merasa kononnya mendapat sokongan dari semua pihak sehingga saya tidak dapat memilih pihak mana yang saya pilih.

5. Selain itu, terdapat juga tuduhan bahawa saya tidak berniat untuk melepas jawatan dan gila kuasa.

6. Maka saya letak jawatan kerana saya tidak melihat kuasa dan jawatan itu sebagai β€œbe all and end all” adalah matlamat saya. Bagi saya kuasa dan kedudukan itu adalah β€œa means to an end” ataupun satu alat untuk mencapai objektif. Dan objektif kita semua tentulah untuk kebaikan negara.

7. Kerana itu saya meletak jawatan kerana bagi saya ternampak bahawa bagi orang politik yang terpenting ialah parti mana yang memerintah, sama ada yang kalah atau yang menang.

8. Sebenarnya saya telah janji akan letak jawatan untuk memberi peluang kepada Dewan Rakyat menentukan siapa yang akan mengganti saya. Jika benarlah saya masih disokong saya akan kembali. Jika tidak saya akan terima siapa sahaja yang dipilih.

9. Jadi peluang untuk menukar kepimpinan memang Hanya saya berpendapat oleh kerana saya disokong oleh kedua-dua pihak, masa untuk saya letak jawatan belum tiba.

10. Saya minta diberi masa. Tetapi parti saya BERSATU memutuskan untuk keluar dari Pakatan Harapan. Ada juga ahli dari parti komponen lain yang akan keluar. Dengan perlakuan ini Kerajaan Pakatan Harapan akan gugur.

11. Kesannya jika BERSATU sokong PAS dan UMNO maka parti-parti yang kalahlah yang akan diri Kerajaan. Kerajaan ini akan didominasi oleh UMNO sebagai parti yang

12. Saya sanggup terima ahli UMNO yang keluar UMNO dan menyertai parti lain. Tetapi UMNO akan sertai Kerajaan campuran ini sebagai Parti UMNO. Ini tidak dapat diterima oleh saya. Maka terpaksalah saya letak jawatan.

13. Sebagai manusia biasa saya tidak sunyi dari melaku kesilapan. Saya pohon maaf jika peletakan jawatan oleh saya adalah salah.

14. Yang diPertuan Agong bertitah supaya saya dilantik sebagai Perdana Menteri sementara. Saya sedar apa juga yang dilakukan oleh saya sekarang akan ditentang dan ditolak oleh ramai, tetapi mungkin ada yang menyokong. Saya tidak cari untuk disukai ramai. Saya hanyalah membuat sesuatu saya anggap baik bagi negara.

15. Politik, orang politik dan parti politik terlalu utama politik sehingga lupa negara menghadapi masalah ekonomi dan kesihatan yang mengancam negara.

16. Saya berpendapat betul atau tidak, politik dan parti politik perlu diketepikan buat masa sekarang. Jika dibenar saya akan cuba adakan pemerintahan yang tidak memihak kepada mana-mana parti. Hanya kepentingan negara sahaja yang akan diutamakan.

17. Jika diizin inilah yang akan saya cuba.

18. Saya berdoa dan saya pohon kepada Allah SWT saya diberi petunjuk dalam usaha ini.

 

Sekian, terima kasih.

 

10 Komen

  1. Enough is enough. Beri peluang kepada rakyat untuk menentukan halatuju politik di Malaysia. The rakyat are getting tired. Please take some rest at this last stage of your life and give the responsibility to some young talent to steward the country. Thanks for the great contribution. You should think about God and akhirat and don’t waste time thinking about this world. Leaders can come and go, but the people are here to stay. Don’t worry Malaysia as God is there to take of.

  2. Rakyat is tired with your games old man…just resign and spend your time with your family..let others to lead the country..

  3. Tak henti2 lagi ke kata UMNO bersalah itu ini. Dah hampir 2 tahun berkuasa, apa yang rakyat nak tengok buktikan yang UMNO itu rasuah.

    Buktikan yang Najib itu bersalah! Sehingga kini tak nampak lagi bunga2 bukti, kalau setakat kronologi2 duit keluar masuk tu sapa2 boleh buat! MACAU SCAM pun pakar dengan bende2 ni!

  4. Dah lah atok madey… Kami dah muntah dgn drama sensasi ko nie…. Biar YDPA bubarkan parlimen and let’s rakyat do their job to elect new government… You can rest for good okay atok… πŸ™‚

  5. Cukuplah. Ucapan ini juga merupakan suatu strategi nak meraih simpati. Perlu apa buat? sekadar menawarkan diri utk terus dipilih menjadi PM. Inilah kempen halus seorg yg tidak pernah puas di tampuk kuasa. Masih ramai pemimpin yg mampu tadbir negara ini. Hanya peluang tidak diberi dengan sebaiknya. Rakyat dah muak dipersenda. Sangat muak. Semoga DYMM SPB mempunyai maklumat lengkap dan tepat utk membuat keputusan demi negara MALAYSIA. In sha Allah.

  6. Tiada maaf bagimu. Perosak dan penjahanam agama bangsa dan negara. Kamu ingat nasib rakyat ni permainan belaka.

    Dah elok2 PH bg mandat, kamu resign. Lepas tu, MN ajak gabung, kamu pilih balik DAP. Kalau dah tau nak.DAP, kenapa resign dan menyusahkan semua orang?

    You are the most arrogant, selfish, narcissistic politician in Malaysia…

  7. Oleh kerana PKR,AMANAH & DAP sudah tidak mahu Tun jadi PM seperti Perikatan Nasional yang menyokong Tun, rasa lebih baik Tun bina kerajaan di bawah Perikatan Nasional, dan rasanya UMNO pun tidak heran langsung dengan jawatan menteri kerana, mereka sudah lama jadi menteri, siap boleh dapat pencen bila bersara, tidak macam geng-geng DAP dan Amanah yang gelojoh hendak jawatan.

Comments are closed.