Home Utama Itu kerajaan Mahathir bukan kerajaan PH – DAP

Itu kerajaan Mahathir bukan kerajaan PH – DAP

Anwar Ibrahim (empat kiri) bersama Mohamad Sabu (empat kanan) dan Setiausaha Agung Dap, Lim Guan Eng (tiga kanan).

KUALA LUMPUR – Hanya Tun Dr Mahathir Mohamad yang akan menentukan siapa menteri-menteri Kabinet dalam kerajaan perpaduan manakala DAP dan parti-parti lain tidak akan dirunding dalam proses tersebut.

Itu rumusan DAP dalam satu kenyataan yang dikongsi kebanyakan ahli Parlimen parti itu di laman Facebook termasuk bekas Menteri Perusahaan Utama, Teresa Kok.

Menurut DAP, selepas menerima sokongan daripada semua parti untuk terus memegang jawatan perdana menteri, Dr Mahathir mengetengahkan cadangan penubuhan kerajaan perpaduan yang terdiri daripada individu.

“Ini bermakna hanya Mahathir yang akan menentukan siapa menteri-menteri Kabinet. DAP dan parti-parti lain tidak akan dirujuk dalam proses tersebut.

“Malah, cadangan Kabinet oleh Mahathir ada kecenderungan menyenaraikan personaliti-personaliti yang sama yang mencetuskan krisis ini, begitu juga ahli-ahli Parlimen dari UMNO dan PAS,” kata DAP.

Menurut kenyataan itu lagi, hasilnya yang terbentuk adalah kerajaan Mahathir dan bukannya kerajaan Pakatan Harapan, justeru janji-janji yang terkandung di dalam manifesto PH tidak ditunaikan.

Kata DAP, mereka telah menjemput Dr Mahathir untuk menghadiri mesyuarat Majlis Presiden PH untuk membincangkan keprihatinan mereka terhadap cadangan tersebut, namun Perdana Menteri Interim itu menolak.

Oleh itu, para pemimpin PH memutuskan untuk mempertahankan mandat rakyat yang diberikan kepada kerajaan PH dan menunaikan janji-janji dalam manifesto dengan mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri PH.

“Kami mengajak semua rakyat Malaysia menyokong pencalonan Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri Malaysia yang kelapan, menghormati mandat yang diberikan pada pilihan raya umum ke-14 dan memastikan kestabilan negara yang berterusan,” kata DAP.

Kenyataan itu dimulakan dengan DAP menyatakan komitmen PH  untuk menunaikan janji-janji manifesto pilihran raya dan memelihara mandat yang diamanahka kepada mereka.

Kemudiannya mereka menyenaraikan kronologi krisis bermula dengan apa yang mereka katakan sebagai keengganan Dr Mahathir untuk bersama-sama dengan Datuk Seri Azmin Ali dan Bersatu bagi membentuk kerajaan baru bersama UMNO dan Pas iaitu pada Ahad, 23 Februari.

Perkembangan itu diikuti dengan tindakan Dr Mahathir meletakkan jawatan sebagai bantahan pada Isnin.

DAP, ketika itu, berterima kasih kepada Dr Mahathir kerana mempertahankan prinsip untuk tidak bekerjasama dengan UMNO dan menyatakan sokongan supaya beliau terus menjadi perdana menteri PH.

Dr Mahathir dalam perutusan khas hari ini berkata, beliau mahu cuba membawa pemerintahan negara yang tidak memihak kepada mana-mana parti, dengan hanya kepentingan negara sahaja yang akan diutamakan.

Artikel berkaitan: Saya mohon maaf kepada semua rakyat Malaysia – Dr Mahathir

“Politik dan parti politik perlu diketepikan buat masa sekarang. Jika dibenar, saya akan cuba adakan pemerintahan yang tidak memihak kepada mana-mana parti.

“Hanya kepentingan negara sahaja yang akan diutamakan,” kata Perdana Menteri interim itu yang turut menjelaskan punca beliau meletakkan jawatan.

Menurutnya, antara sebab utama ialah beliau tidak dapat menerima, jika parti UMNO menyertai kerajaan campuran, yang mungkin diwujudkan.

“Saya sanggup terima ahli UMNO yang keluar UMNO dan menyertai parti lain. Tetapi UMNO akan sertai kerajaan campuran ini sebagai Parti UMNO. Ini tidak dapat diterima oleh saya. Maka terpaksalah saya letak jawatan,” kata Dr Mahathir. – MalaysiaGazette

11 Komen

  1. Apa benda atok dok merepek ni.. Hanya parti dia ja yg betul.. UmNo tidak d batalkan. Kalo ppbm d haramkan rakyat bersetuju.

  2. Sossy ya aku n kami rakyat sudah tertipu dgn mainan puak2 kafir harbi dap , si kami haram kn diri utk sokonf anwar jadi pm…dan kmi tak lg sokong puak2 pgkhianat ngara dap laknat n pkr…

  3. Last2 salah kan umno pasal dia letak jawatan pm dari PH.. bodoh nya org tua ni..dia naik dari umno,dia dapat gelaran Tun dari umno,last2 dia hina umno .. tun ko lebih hina dari babi lah..

  4. Bagi sy..Tun M ada strateginy sndiri..tp tolonglh tun xyah nk jatuhkn umno..tun letak jawatan xde kene mngene pn dgn umno..lg 1,melalui portal ni,nmpk sgt DAP takut kehilangan kuasa dlm kerajaan PH ni..ajak jumpe dngn Tunlh sbap fikir utk mnunaikn manifesto,smua tu xde,,rakyat blh lihat muslihat DAP..DAP jg mnyenaraikn kronologi krisis bahawa punca tun ltak jwtan adalh UMNO..sdgkn UMNO dduk diam mlihat karenah kerajaan PH ni..lepastu ajak rakyat sokong D.anwar naik PM..maafkn kmi rkyat biasa,tp kmi ada hak utk mmilih pmimpin..lebih baik bubarkn kabinet,,bubarkn kerajaan dan buat pru balik..sy xdpt byangkn jawatan PM blh dberikan kepada calon lain mcm tu je tnpa meminta suare rakyat..yg mnentukn PM adalh hasil pungutan undi rakyat..sekolah rendah pn bile nk pilih ketua kelas pn kne undi jga..please do the best for aur malaysia Tun..TQ..

  5. UMNO pun x hingin bekerjasama dgn org yg gila kuasa dan anggap dia saja yg betul . Tun perlu ingt..tanpa umno tun x kan jd pm dan dikenali ramai spt la ni. Dasar x kenang budi. UMNO yg selamatkan tun bila dia dipecat oleh tunku abd.rahman dulu. Sapa yg selamatkan dia klu bkn tun razak, bapa najib.

  6. Mudah saja jalan keluarnya, bubar parlimen dan serah kuasa pada rakyat.Tun you have done a lot of hard work, so kindly take rest and spend the rest of your days in the remembrance of Allah and play with your grandchildren. I think that will be a wise thing to do. Consider giving the opportunity to some young and dynamic leaders. There are a lot of young latented leaders in the country. Let them take
    over the stewardship of the country.

  7. teruskan dengan janji ph. ia mungkin boleh dilaksanakan. kerana dahulu mahadir sengaja ingin ketepikan janji manifesto ph. dia takut menjadi satu syarat wajib dimasa hadapan. sekarang anwar harapan rakyat untok melihat bagaimana ia akan dilaksanakan. kalau berjaya rakyat gembira. kalau gagal rakyat suruh cuna lagi

  8. Memang sah dan benar, Madey letak jawatan bukan kerana nak beri laluan untuk Nuar ambillah PM8, So jadi dia ni lupa diri tentang janji beliau pada PRU14. Itu namanya Mungkir janji. Subhanallah,, taubat lah Madey. Kamu tu Rumah dah kata pergi dan kubur dah kata Mari-Mari. Lepastu kata sebab UMNO dlm.kerajaan campuran. Sedangkan Bersatu keluar Pee ehh kerana nak bersama Pakatan Nasional. Madey tepuk dada tanya selera.

Comments are closed.