Home Nasional Wan Azizah ziarah jenazah anak kawan karib Anwar

Wan Azizah ziarah jenazah anak kawan karib Anwar

Bekas Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika keluar dari kediamannya di Bukit Segambut, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 27 FEBRUARI 2020

KUALA LUMPUR – Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menziarahi jenazah anak sulung kepada Allahyarham Datuk Fadzil Noor, Huda, yang meninggal dunia di Rawang semalam.

Beliau yang ditemani anaknya, Nurul Nuha Anwar, meninggalkan kediamannya pada pukul 9:15 pagi dengan menaiki kenderaan Velfire.

“Ustaz Fadzil Noor merupakan teman suami saya yang begitu akrab sekali dan beliau telah meninggalkan kita sudah lama dan sekarang anaknya yang sulung Huda.

“Akan solat jenazah hari ini, InsyaAllah,” katanya kepada media.

Allahyarham Fadzil yang merupakan bekas Presiden Pas sejak 1989 hingga 2002 meninggal dunia 18 tahun yang lalu. -MalaysiaGazette