Home Ekonomi IHPR Januari naik 2.8%

IHPR Januari naik 2.8%

KUALA LUMPUR – Indeks Harga Pengeluar (IHPR) pengeluaran tempatan meningkat 2.8 peratus pada bulan Januari 2020 kepada 107.3 berbanding 104.4 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata, berdasarkan 1,063 item yang diliputi dalam IHPR, 41.9 peratus item menunjukkan peningkatan pada Januari 2020 berbanding
Januari 2019.

Sebaliknya, 50.0 peratus item menunjukkan penurunan manakala 8.2 peratus item kekal tidak berubah.

Kenaikan indeks keseluruhan ini didorong oleh kenaikan indeks Pertanian, perhutanan & perikanan (18.0%), Perlombongan
(9.2%), Bekalan elektrik & gas (1.0%) dan Pembuatan (0.9%).

Sebaliknya, indeks Bekalan air menurun sebanyak 1.2 peratus.

Bagi perbandingan bulanan, IHPR pengeluaran tempatan mencatatkan penyusutan marginal 0.1 peratus pada Januari 2020.

Penyusutan ini disebabkan oleh penurunan indeks Perlombongan dengan 6.8 peratus.

Sebaliknya, sektor yang mencatatkan peningkatan dalam bulan ini adalah Pertanian, perhutanan & perikanan (3.8%), Pembuatan (0.4%) dan Bekalan elektrik & gas (0.1%). Sementara itu,
indeks Bekalan air tidak berubah. – MalaysiaGazette