Home Politik Khalid ungkit pemberian kerusi Parlimen Amanah kepada Bersatu

Khalid ungkit pemberian kerusi Parlimen Amanah kepada Bersatu

Khalid Samad

KUALA LUMPUR – Naib Presiden Parti Amanah Negara, Khalid Samad mengungkit pengorbanan partinya menyerahkan kerusi Parlimen kepada calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu.

Katanya, bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman diberi peluang bertanding di Parlimen Muar dan bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Harun di Parlimen Titiwangsa.

Menurut beliau, bagi kerusi Parlimen Muar, walaupun PKR mempunyai calon serta sokongan kuat namun ia diserahkan kepada Bersatu yang turut berpotensi untuk menang.

“Syed menang dengan majoriti 6k! Dari 22k undi Syed, hampir 80% dari PKR, AMANAH, DAP,” katanya dalam akaun Twitter.

Tambah beliau, Ahli Parlimen PPBM, sama ada Syed Saddiq; Rina; bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik atau Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menang pada PRU14 adalah kerana sokongan dan kerja keras jentera Pakatan Harapan (PH).

Kata Khalid, begitu juga dengan kerusi Parlimen Titiwangan yang diserahkan kepada Rina yang mana pada asalnya ia adalah milik Amanah.

“PPBM (Bersatu) tiada apa-apa jentera kecuali jentera PH dari AMANAH, Keadilan dan DAP,” katanya.

Berikutan itu, berliau menyeru Syed Saddiq dan Rina kembali bersama PH. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.