PUTRAJAYA- Mencalonkan Presiden Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) sebagai Perdana Menteri merupakan antara intipati perbincangan di antara Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin pagi tadi.
Menurut Perdana Menteri Interim itu, perkara tersebut perlu mendapat persetujuan parti terlebih dahulu.
“Banyak kemungkinan yang dibincangkan antaranya kemungkinan meletakkan Muhyiddin sebagai calon (Perdana Menteri).
‘”Jika semua orang pilih dia, saya OK. “Sekiranya beliau mendapat sokongan majoriti di Dewan Rakyat maka dia boleh dilantik sebagai Perdana Menteri dan kemudiannya membentuk kabinet sendiri,” katanya semasa sidang media selepas mengumumkan pakej rangsangan ekonomi di sini hari ini.
Kalau benar apa dikata dari mulut atok. dan Allah mngizinkan tan sri mnjadi pm8, cuma dinasihatkan agar berhati2.. takut nanti tan sri mnjadi mangsa seterusnya…atok tu hidup lagi.