PETALING JAYA – Satu mesyuarat tergempar Pakatan Harapan (PH) yang dipengerusikan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim diadakan di Hotel Eastin kira-kira pukul 9 malam tadi.
Selain daripada Anwar, pimpinan PH lain turut menghadiri mesyuarat yang sama.
Antaranya pimpinan PH yang hadir ialah seperti Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng, Gobind Singh Deo, M. Kula Segaran, Anthony Loke, Datuk Mujahid Yusuf Rawa, Datuk SeriĀ Dr. Dzulkefly Ahmad.
Selain itu, Datuk Husam Musa, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Khalid Samad juga kelihatan.
Turut keilhatan Presiden Amanah, Mohamad Sabu.
Bagaimanapun, tidak ada seorang pun daripada pemimpin yang hadir ‘membuka mulut’ kepada wakil media yang membanjiri hotel berkenaan.
Rata-rata mereka kelihatan sugul dn tidak tersenyum sebaliknya dengan tergesa-gesa naik ke tingkat atas untuk bermesyuarat.
Pagi tadi Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson telah mengadakan mesyuarat dengan wakil rakyat PKR di hotel yang sama.- MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN: