Home Nasional Tun Mahathir tidak endah soalan wartawan

Tun Mahathir tidak endah soalan wartawan

Tun Dr Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR- Perdana Menteri Interim Tun Dr. Mahathir Mohamad mengunci mulut dan tidak mengendahkan soalan para wartawan yang menantikan beliau di luar dewan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, dekat sini.

Beliau hanya memandang para wartawan dan berlalu pergi tanpa sebarang reaksi seolah-olah tidak mendengar soalan yang sedang ditanyakan.

Semalam Dr. Mahathir memberitahu Yang di-Pertuan Agong telah supaya pemilihan Perdana Menteri dibuat menerusi Dewan Rakyat.

Perdana Menteri Interim, Tun Dr. Mahathir Mohamad meninggalkan Persidangan Antarabangsa Palestin “Sokongan Asia Tenggara terhadap hak Rakyat Palestin” di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). foto HAZROL ZAINAL, 28 FEBRUARI 2020.

Bagaimanapun, perkara sebaliknya berlaku apabila Yang di-Pertuan Agong melalui satu kenyataan memaklumkan baginda berkenan dengan keputusan Speaker Dewan Rakyat yang tidak memanggil sesi khas Parlimen pada 2 Mac ini.

Menerusi kenyataan tersebut Istana Negara akan memanggil para pemimpin parti yang mempunyai wakil di dalam Dewan Rakyat untuk mengemukakan calon Perdana Menteri masing-masing. -MalaysiaGazette