KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan hari ini membuat keputusan mengejutkan apabila menyatakan sokongan penuh kepada Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri.
Dalam kenyataannya pendeknya, gabungan parti itu memaklumkan, ia berpegang teguh kepada prinsip dan akan terus memperjuangkan Pakatan Harapan dalam kerajaan.
“Pakatan Harapan merupakan gabungan yang telah mendapat mandat jelas pada PRU14.
“Pakatan Harapan bertegas menentang usaha ‘kerajaan pintu belakang’ terutama yang melibatkan kleptokrat dan pengkhianat perjuangan, yang akan merosakkan segala usaha reformasi yang telah dilaksana hingga kini,” katanya. – MalaysiaGazette
Bn ke ko yg rosak kn ngra..bodoh punya mnusia..
Tahniah Tun, Anda seorang sahaja yang mampu menyumbat semua penyamun dalam jel
Dah ludah …. jilat balik.
Sekejab Atok, sekejab Non, sekejab Atok, sekejab Non, u-turn, round about, depan, belakang semua sudah!
Apa lagi yang rakyat mahu?
Harap2 Agong pun x terjangkit penyakit uturn coner ph sudahlah…