Home Politik “Jika pengerusi berhenti, maka presiden pangku jawatan” – Muhyiddin

“Jika pengerusi berhenti, maka presiden pangku jawatan” – Muhyiddin

Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin bercakap kepada media sebelum menuju ke istana negara bagi membuat perjumpaan bersama Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di kediamannya di Bukit Damansara, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 29 FEBRUARI 2020

KUALA LUMPUR – Berhubung kenyataan Setiausaha Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad sahaja yang mempunyai kuasa mutlak terhadap tindak tanduk dan arah parti itu – ini penjelasan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Presiden Bersatu berkata, Dr Mahathir telah melepaskan jawatan Pengerusi parti itu pada 24 Februari lalu.

Sehubungan itu, mengikut Fasal 16.9, Perlembagaan Bersatu, jika Pengerusi berhenti atau diberhentikan, maka Presiden hendaklah memangku jawatan itu sehingga diadakan pemilihan untuk memilih Pengerusi baharu.

Muhyiddin berkata, Bersatu belum mengadakan pemilihan untuk memilih Pengerusi baharu, lantas selaku Presiden beliau memangku jawatan itu sehingga pemilihan diadakan kelak. – MalaysiaGazette

Hanya Dr Mahathir ada kuasa mutlak dalam Bersatu – Marzuki

ngerus

+ posts

1 Komen

Comments are closed.