Home Politik Syed Saddiq akui sahaja rebut kuasa punca PH runtuh – Armand

Syed Saddiq akui sahaja rebut kuasa punca PH runtuh – Armand

Armand Azha
Armand Azha

KUALA LUMPUR – Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tidak perlu menjatuhkan kredibiliti UMNO dan Muafakat Nasional dengan kemelut politik negara yang berlaku sekarang.

Sebaliknya, Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu perlu sedar bahawa kemelut politik sekarang berpunca daripada masalah dalaman Pakatan Harapan (PH) sejak 9 Mei 2018 sehingga runtuhnya kerajaan yang tidak sampai separuh penggal memerintah.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Armand Azha Abu Hanifah berkata, Syed Saddiq perlu mengakui hakikat PH yang saling berebut kuasa.

“Keruntuhan PH adalah masalah anda. Anda diberi mandat, diberi peluang mentadbir tetapi gagal.

“Anda fail to be a good leader akibat masalah dalaman, berebut kuasa. Rakus berpolitik dari 9 Mei 2018 hingga kerajaan runtuh.

“Jadi, Syed Saddiq cukup-cukuplah berpolitik tidak matang, cuba menjatuhkan kredibiliti UMNO dan Muafakat Nasional.

“Saya cabar anda letak jawatan dan bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP,” katanya Armand yang menjawab kenyataan Syed Saddiq yang tidak mahu bekerjasama dengan mana-mana pihak yang tercalit dengan gejala rasuah, jauh sekali untuk mendirikan kerajaan bersama mereka.

Selain membuat cabaran secara terbuka itu, Armand turut mencabar Syed Saddiq terus menghina UMNO dan Muafakat Nasional kerana beliau akan terus menjawab penghinaan itu.

Beliau menambah, kemelut yang berlaku sekarang ini sebenarnya merupakan peluang yang ditunjukkan oleh Allah tentang kerajaan Pakatan Harapan yang sebenar. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Sdra Armand, apa yg dilontarkan oleh Syed Saddiq itu tepat. Beliau BUKAN menghina, tp menyatakn kebenaran – tidak akn bekerjasama dgn mereka yg mengamalkn korupsi. Apakah sdra Armand sedar apa yg telah dilakukan oleh sebahagian besar kepimpinan parti sdra? Fikir2lah secara rasional usah beremosi. Usahlah terlalu menyanjung & taksub dgn kepimpinan yg bermoral rendah & tidak berintegriti, wahai saudara Armand! Fikir2 dahulu sblm mengeluarkan kenyataan……

Comments are closed.