Home Politik 34 Ahli Parlimen Bersatu beri sokongan kepada Muhyiddin

34 Ahli Parlimen Bersatu beri sokongan kepada Muhyiddin

Muhyiddin Yassin

KUALA LUMPUR – Seramai 23 Ahli Parlimen daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) telah menandatangani akuan bersumpah (SD) bagi menyokong Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut sumber yang rapat dengan Muhyiddin, 11 lagi bekas Ahli Parlimen PKR yang menyokong Datuk Seri Mohamed Azmin Ali turut berbuat tindakan sama bagi menyokong Muhyiddin.

“34 daripada 37 Ahli Parlimen Bersatu sudah tandatangan akuan bersumpah untuk sokong Muhyiddin.

“Ia termasuk 11 bekas Ahli Parlimen PKR yang menyokong Azmin,” kata sumber berkenaan.

Ia adalah sebahagian daripada SD yang dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong selain sokongan UMNO dan Pas.

Muhyiddin pagi tadi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi mempersembahkan nama beliau sebagai calon Perdana Menteri kelapan.

Turut mengiringi Muhyiddin, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa.

Ahli Parlimen Pagoh itu menerima sokongan Barisan Nasional dan Pas sebagai Perdana Menteri bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Thank God everything is coming to an end. The Yang Dipertuan Agong has made a wise decision. I guess many leaders and followers on both sides of the political divide will be happy to see the leadership crisis in this country has finally ended amicably. I personally feel that we need a united, strong and stable Malaysia. We have put the national above our selfish needs and ego. God bless Malaysia and make it once more again a great nation. Guys, lets us work harder and together for the sake of our beloved nation.

Comments are closed.