KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Tan Sri Dr Rais Yatim percaya Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan mengkucar-kacirkan negara ekoran kemelut politik yang melanda negara kini.
Keyakinan itu dilahirkan dengan mengambil kira pengalaman Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri selama lebih 24 tahun, justeruĀ biarpun tempat beliau kini diambilalih oleh Tan Sri Muhyiddin dilantik menjadi Perdana Menteri yang baharu.
“Saya tak fikir (Tun akan kucar-kacirkan negara) dan rakyat akan menzahirkan pandangan TunĀ seorang yang bijaksana, saya percaya beliau tidak mahu melihat negara ini kucar kacir.
“Beliau sudah menjadi perdana menteri 24 tahun dalam tempoh diberi oleh Allah,” katanya kepada media selepas selesai mengunjungi Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebentar tadi.
Ditanya dakwaan PH memperoleh akaun berkanun 114 ahli Parlimen menyokong Dr Mahathir, Rais berkata ia tidak menjejaskan perjalanan Muhyiddin untuk mengangkatkan sumpah jawatan esok.
“Kita berasaskan kepada Perlembagaan Persekutuan, jadi Agong telah menggunakan kuasa di bawah Perkara 43 (2)A). Baginda tidak payah bilang (kerusi Parlimen) sangat.
“Baginda sebagai pihak diraja, mengumpulkan tangapan bahawa seseorang itu mempunyai sokongan yang lebih atau majoriti di Parlimen atau di Dewan Rakyat,” jelas beliau.
Menurut beliau, sebarang percubaan untuk mempertikaikan pelantikan Muhyiddin hendaklah dibuat di Dewan Rakyat menggunakan tatacara yang telah ditetapkan termasuk bilangan hari, perkataan dan phrasa yang digunakan.
Dalam pada itu, Rais berkata beliau yakin dengan kredibiliti Muhyiddin dalam mengepalai gabungan baharu yang akan membentuk kerajaan baharu yang memerintah.
“Saya yakin beliau dapat mengepalai kerajaan baharu dengan satu semangat baharu, anti korup, anti jenayah, untuk perjuangan kita masa depan.
“Tugasan atau khidmat yang dilaksana kerajaan PH selama hampir dua tahun saya yakin beliau akan lebih bijaksana dan juga produktif dalam kerajaan yang dipimpin,” katanya.
Bekas Menteri UMNO itu turut berkata, selepas Muhyiddin mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kelapan, akan wujud perubahan baharu dalam lanskap politik negara akan menangani kemelut yang membelit pentadbiran kerajaan terdahulu.
“Selepas jam 10 pagi esok saya yakin satu aura baru wujud di tanah air kita namun kita berterima kasih kepada Tun Dr Mahathir dan rakan-rakan juga yang telah memberi peluang kepada Muhyiddin dan rakan-rakan beliau dalam kerajaan nanti,” katanya lagi. -MalaysiaGazette
Ratipan tarikh spesifik 48 jam sehari berakhir dengan TRAGEDI FEBRUARY!
Kah..kah..kah..