KUALA LUMPUR- Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan kes rasuah melibatkannya yang sedang dibicarakan di Mahkamah Kuala Lumpur akan disambung semula seperti biasa esok.
Tegasnya, kes tersebut tidak akan digugurkan walaupun beliau bersama Perikatan Nasional telah menjadi kerajaan.
“Kes saya ditangguhkan untuk hari ini, Isnin, 2 Mac 2020 sahaja. Kes ini tidak digugurkan sama sekali seperti kes-kes lain sebelum ini.
“Insya-Allah, saya akan membersihkan diri saya di mahkamah tanpa pengguguran kes.
“Saya mahu mahkamah menentukan keputusannya walaupun tuduhan ini adalah pendakwaan politik dan pendakwaan terpilih,” katanya di media sosial hari ini.
Perbicaraan kes rasuah, pengubahan wang haram dan pecah amanah dana Yayasan Akalbudi yang dihadapi bekas Timbalan Perdana Menteri itu ditangguh esok oleh mahkamah hari ini.
Ini kerana Ahli Parlimen Bagan Datuk itu perlu berbincang dengan Perdana Menteri baharu, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membentuk Kabinet baharu di Putrajaya.
Sebelum itu, bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak juga menyatakan hasrat mahu ‘membersihkan’ namanya di mahkamah dan tidak mahu sekiranya kes membabitkan 1MDB digugurkan.- MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN:
udah udahlah buat wayang atau cerita wayang, memanglah kes tak gugur, perbicaraan carry on. Macamlah rakyat lupa sejarah kerajaan umno-bn campur aduk mcm makan pecal lagislative dgn executive, dan2 AG kata takder kes, gugur yg judge pulak “anda didapati tidak bersalah” ..ingat baik2, rakyat tak bengong ya !!
Alhamdulillah.
Sebagai pengamal & pemahaman islam yg baik.
Pendapat yg zahid sampaikan adalah yg terbaik.
Kes salah guna kuasa @ kebobrokan bermula dimahkamah & mahkamah juga lah sebagai tempat pembersihan.
Apalagi jika dapat merealisikan permintaan najib utk TV siarkan live perjalanan perbicaraan.
Biar rakyat tahu status sebenar kes ini.
Apalagi dalam era kerajaan sendiri.
Yang pasti akan ada mulut2 rakyat yg tidak akan mempercayai ada unsur-unsur tiada campur tangan.
Allahuakbar