Home Nasional Situasi Tun M ibarat perangkap makan tuan

Situasi Tun M ibarat perangkap makan tuan

Mohamed Khaled Nordin
Mohamed Khaled Nordin

KUALA LUMPUR- Kemunculan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon perdana menteri hanya terjadi setelah kepimpinan parti kerajaan ketika itu ‘terkapai-kapai’ mencari arah selepas Tun Dr. Mahathir Mohamad meletakkan jawatan secara tiba-tiba.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, Mahathir sepatutnya mengakui penolakan terhadap dirinya adalah kerana rencananya sendiri.

Ia ibarat perangkap tuan, katanya.

“Kepimpinan parti sangat terkejut dan terkapai-kapai mencari arah tetapi Muhyiddin memastikan Bersatu tidak berantakan dan kekal berpadu ketika negara berhadapan dengan krisis politik ekoran tindakan Mahathir melepaskan pelbagai jawatannya.

“Maka kerana itulah, UMNO dan Pas mengambil keputusan menyokong  beliau untuk memimpin negara ini walaupun UMNO dan Pas mempunyai jumlah kerusi yang jauh lebih besar dari Bersatu.

“Memanglah lumrah kepada Mahathir, bahawa semua orang harus dipersalahkan kecuali dirinya sendiri tetapi kali ini, beliau benar-benar telah tewas tanpa dijangka di tangan Muhyiddin,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Khaled, sikap Mahathir yang menuduh Muhyiddin telah mengkhianati beliau dan parti hanya kerana bekas perdana menteri itu beranggapan jawatan tersebut hanya untuk beliau selama-lamanya.

Malah Mahathir, katanya, harus  menghargai sikap bertanggungjawab Muhyiddin yang masih tenang mengemudi parti di saat Mahathir melepaskan jawatan sebagai perdana menteri dan Pengerusi Bersatu secara mengejut.

“Sesungguhnya manusia merencana, tetapi rencana Allah lagi hebat dan sangat misteri.

“Tun, izinkanlah beliau (Muhyiddinb) menerajui negara ini sementara Tun Mahathir berehatlah. Negara akan selamanya berterima kasih kepada Tun Mahathir. Segala jasa akan kami kenang dan segala bakti akan kami ingati seabadinya.

“Berikanlah juga ruang untuk kerjasama politik terbaru ini membuktikan keupayaan mereka mengurus negara ini.

“Saya yakin, jalan ke hadapan yang bakal dinakhodai Muhyiddin pasti berliku. Ia tidak akan mudah dan pasti banyak geloranya.

“Sama ada Perdana Menteri kelapan mampu atau tidak mendepaninya, biarlah rakyat yang menghakimi beliau,” katanya lagi.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

 

Tun M salahkan Muhyiddin, Anwar punca beliau gagal jadi PM

 

3 Komen

  1. TEORI & REALITI.
    “The Unsung Hero” dalam penyelesaian kemelut kepimpinan negara adalah….. “BANGSA JOHOR”
    Tak caya lu pikir lah sendiri….

  2. Ingat la saudara ku perancangan tun sangat jauh,jadi untuk jadi kn lebih selesa serap kn ppbm ke dalam BN klu x kita tunggu la lagi 3 tahun,apa sebenar nya percaturan tun

  3. Setiap manusia ada kelemahannya dan setiap perbuatan itu tidak semestinya betul serta tepat. Tun M kami hormati segala usaha mantapkan Malaysia persada dunia sehingga dunia tahu akan Malaysia. Perancangan Tun M banyak berteka teki sehingga tumbangnya kerajaan PH bertahan 22 bulan lebih. Apakah semua ini percaturan Tun M sendiri dan matalamat untuk kepentingan peribadi? Allah lebih berkuasa atas setiap sesuatu dan janganlah Tun M salahkan orang lain semata-mata mahukan kuasa. Kuasa Allah swt lebih hebat dari Tun M hanya manusia biasa.
    #Nauzubillahminzalik
    #sayangimalaysiaku

Comments are closed.