Home Nasional Kenyataan FB Alvin Tan hina Agong

Kenyataan FB Alvin Tan hina Agong

KUALA LUMPUR – Kenyataan seorang pemilik Facebook bernama Alvin Tan ditularkan warganet setelah dipercayai mengeluarkan kenyataan berbaur penghinaan terhadap Yang di-Dipertuan Agong (YDPA) menerusi laman sosialnya semalam.

Kenyataan menerusi laman sosial itu, “Pada pendapat saya…Agong ni boleh makan berak,” disusuli dengan komen akaun Puan Linda yang turut menghina YDPA.

Sehubungan itu, Presiden Pertubuhan Kebajikan Insaniah Srikandi Malaysia (Srikandi) Datuk Norasyikin Abdul Ghani menggesa polis mengambil tindakan tegas kerana individu berkenaan bukan sahaja menghina malah menghasut rakyat membenci institusi Raja-Raja Melayu.

“Jika benar pemilik akaun itu adalah blogger yang sama yang dituduh menerbitkan kenyataan menghasut yang mempersenda agama Islam di laman Facebook dia dan teman wanitanya pada 2018, maknanya dia belum serik dan tindakan tegas perlu diambil.

“Kerajaan baru diharap lebih tegas dalam isu melanggar dan menghina rukun negara dan Perlembagaan negara ini, gugurkan sahaja kerakyatan mereka yang sukar menunjukkan taat setia kepada negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada tahun 2018, Alvin dan teman wanitanya, Vivian Lee terlepas hukuman penjara selepas mahkamah tinggi menggantikan hukuman itu dengan denda RM5,000.

Hakim Datuk Mohd Sofian Abd Razak membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan wanita berkenaan untuk menggantikan hukuman penjara dengan denda dan menolak rayuan pendakwaan untuk memanjangkan tempoh pemenjaraan daripada lima bulan 22 hari kepada penjara setahun.- MalaysiaGazette

3 Komen

  1. potong saja kerakyataan dia yang tak setia pada negara. kerajaan kena tegas dengan sampah2 ini. kalau dah tersembat baru nak bersihkan makan masa dan belanja. buang kerakyataan mereka yang engkar jangan fikir DAP lagi. munkin itu orang surohannya

  2. Dulu kerajaan BN baik dan bertoleransi kerana najib mmg lembut… Skrg harap-harap muhyidin ada keras sikit… Jgn bagi muka lagi kat pengkhianat nie…

  3. Kesan rekod pengajian mereka2 yang maki hamun YD Agong. Kumpulkan selidik status pengajian. Kalau ramai yang keluar dari sekolah cina, pihak kerajaan harus keluar arahan tutup semua sekolah cina atau vinakular kerana jelas menunjukkan sekolah2 berkenaan telah membentuk masyarakat yang bercanggah dengan Rukun Negata dan Perlembagaan. Kaitkan banyak lagi kesan buruk sistem pelajaran yang disampaikan. Ianya termasuk juga dengan sekolah2 swasta yang didapati mendidik pelajar supaya membenci kerajaan dan raja.

Comments are closed.