Home Utama Muhyiddin kalah undi tidak percaya jika lantik Zahid dalam Kabinet

Muhyiddin kalah undi tidak percaya jika lantik Zahid dalam Kabinet

Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum menuju ke istana negara bagi membuat perjumpaan bersama Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di kediamannya di Bukit Damansara, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 29 FEBRUARI 2020

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan kalah undi tidak percaya dan kerajaan Perikatan Nasional bakal tumbang jika Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi diberi jawatan dalam Kabinet.

Kebimbangan itu dilontarkan oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad dalam tulisan terbaharunya di laman blog.

Bukan itu sahaja, malah Abdul Hamid percaya orang ramai yang menyokong kerajaan PN termasuk beliau sendiri akan menarik balik sokongan mereka, dan berkecuali.

“Mereka akan mengambil sikap “mampus pi lah” kerana mereka telah terlalu bosan dengan ahli politik yang hanya menjaga perut masing-masing,” katanya di laman blog tunabdulhamid.my.

Abdul Hamid menasihatkan 10 perkara yang perlu diberi perhatian oleh para pemimpin Perikatan Nasional trmasuk jangan mengulangi kesilapan UMNO serta Pakatan Harapan.

Artikel berkaitan: Pesanan kepada kerajaan: Walaupun kekal sehari, buat yang betul

Beliau berkata, Muhyiddin dan pemimpin parti-parti komponen hendaklah bertegas dalam hal ini kerana, katanya, lebih baik tumbang semasa melakukan sesuatu yang betul, bukan kerana melakukan sesuatu yang salah.

“Jika UMNO berkeras menghendaki DS Zahid menjadi Menteri atau TPM dan mengugut keluar PN, biarkan UMNO keluar, biarkan PN tumbang. UMNO akan dikutuk oleh orang Melayu dan mati tak berkubur. Percayalah.

“Dalam ucapan pelantikan saya sebagai Ketua Hakim Negara pada 11 12 2007, antara lain, saya berkata:

“Saya sedar bahawa, jika Allah SWT melanjutkan usia saya sekalipun, tempoh untuk saya memegang jawatan Ketua Hakim Negara ini adalah amat singkat. Tetapi, jika, dengan takdir Allah SWT saya memegang jawatan ini hanya sehari sahaja pun, dalam masa satu hari itu, saya berazam untuk melakukan apa yang saya, dengan jujur, fikir adalah betul, sehabis baik yang saya boleh lakukan. Sama ada sehabis baik saya itu cukup baik atau tidak terserahlah kepada orang ramai untuk  menghakiminya.

“Mungkin ada pengajaran yang boleh diambil daripadanya.” – MalaysiaGazette

6 Komen

  1. SALAH TU RAKAN2, SELAGI PEMIMPIN KERAJAAN YG BERAGAMA ISLAM X IKUT ALQURAN DAN HADIS SAMPAI KIAMAT PN SAMA , CONTOH PALING AWAL…….HADI AWANG DALAM SIDANG MIDIA YG PERTAMA X DE PON SEBUT PASAL AGAMA ISLAM.BOLEH PULAK AGENDA PERTAMA DIA NAK PULIH KN EKONOMI PATUT KE SEDAHGKAN SEBELOM JADI PEMIMPIN KERAJAAN AGAMA NK DIDULUKAN NI LEPAS MENANG AGAMA PULAK YG BELAKANG,INGAT HADI BILA KITA DULUKAN AGAMA ALLAH AKAN TOLONG KITA DLM SEGALA URUSAN

  2. Abdul Hamid…?..kau ni siapa?…kau dalam kerajaan yg tumbang jadi jgn lah nak nasihat itu ini..sepatutnya nasihat kau ni kau buat semasa PH jadi kerajaan dahulu…skrg ni tak payah nak sibuk…kalau sekadar jadi bekas ketua hakim negara elok jadi bekas saja…diam2 kat tepi..tgok je org buat kerja.

  3. Azmin, Najib, Zahid, Hishamuddin, Ku Nan, antara nama2 yg ada moral obligation. Salah belum tentu. Tp dlm politik, org2 ini x sepatutnya dilantik ke jawatan tinggi. Sama jugak dgn pemimlin2 PH mcm Tun, LKS, LGE, Ramasamy, Kula, Waytha, Nga Kor Ming, huihhhh banyaklah lagi, malas dah nak listkan.

    But then again, TSMY sendiri pun ada problem gak kan? Dah tu nak wat cano… Gitulah Labu… For now yg penting, PH dah mampus. Kalau dpt bubar parlimen, lg best…

  4. Kalau bukan sebab Zahid dan UMNO tak mungkin Muhyidin akan jd PM..itu adalah fakta..ingatkan pemimpin politik jer ramai yg bodoh..bekas ketua hakim pun tolol!

  5. Ph dah tersembam pun ada hati nak nasihat org,dlm ph dulu pandai pulak cover buang kes Lge kononnya betapa suci dan maksumnya pemimpin ph….inilah sekor melayu yg suka mengagungkan dan pengangkat najis dapig….

  6. Saikhlasnya saya tidak menyokong mana-mana.Cuma harapan saya bersama dengan rakyat Malaysia yg dlm golongan B40 yg hidup susah.So diharap kerajaan yg tertubuh nanti biarlah terdiri dari orang-orang yg bersih dan takutlah pada karma Allah serta taat pada hukum hakam agama Islam yg suci.Kita mencari saorang pemimpin saperti Umar Bin Abdul Aziz Khalifah Islam ke8 masa lakukan dan kebetulan TSMY menjadi PM ke8 .Mingkinkah ini orangnya? Wallahuaklam.

Comments are closed.