MADEIRA, PORTUGAL – Pemain sensasi dunia, Cristiano Ronaldo berdepan detik cemas apabila ibunya dikejarkan ke hospital kerana serangan angin ahmar semalam, lapor DailyStar.
Dolores Aveiro kini dirawat di sebuah hospital di sini bagaimanapun keadaan stabil danĀ sudah sedarkan diri.
Ronaldo dilaporkan bergegas pulang ke Madeira dengan jet peribadinya sebelum kembali semula ke Itali untuk memperkuat Juventus menentang AC Milan pada esok pagi.
Adik-beradik bekas pemain Real Madrid yang lain enggan memberikan sebarang komen dan meminta media memberi ruang kerana ibu mereka masih ditempatkan di unit rawatan rapi.
Pada awal tahun lalu, Dolores mendedahkan dia berjuang untuk hidup selepas penyakit kansernya datang kembali.
Dolores disah menghidap kanser payu dara pada 2007 dan menjalani radioterapi.
“Saya akan terus berjuang untuk terus hidup,” katanya dalam satu temubual bersama stesen TV Portugal pada tahun lalu. – MalaysiaGazette