VIRGINIA – Seorang wartawan ditahan di bandar barat Virginia Capitol kerana didakwa menyebabkan gangguan apabila menjerit semasa melontarkan soalan kepada dua pembantu Presiden Donald Trump.
Dalam kejadian itu, Dan Heyman telah menyoal Setiausaha Kesihatan, Tom Price dan penasihat White House, Kellyanne Conway mengenai perlindungan di bawah pelan penjagaan kesihatan Republikan.
Wartawan veteran kesihatan itu ingin tahu sama ada keganasan rumah tangga akan dilindungi sebagai syarat sedia ada.
Heyman dari media Public News Service berkata, dia hanya menjalankan tugasnya. Beliau berhadapan dengan hukuman penjara.
Wartawan itu berkata, dia telah mengikuti rombongan pasukan Trump yang melalui bangunan dan masih memakai lencana media dan baju yang memperkenalkan medianya.
“Dia tidak menjawab. Jadi saya terus menyoalnya.
“Ini tugas saya, apa yang sepatutnya saya buat. Saya berpendapat soalan itu wajar mendapat jawapan. Tugas saya menyoal dan tugas saya berusaha mendapatkan jawapan,” kata Heyman memberitahu pemberita mengenai keengganan Price untuk menjawab soalannya selepas dibebaskan polis.
Price dan Conway berada di barat Virginia untuk persidangan mengenai wabak opioid dan kesan ke atas barat Virginia, yang telah menyaksikan peningkatan berbanding negeri-negeri lain di Amerika Syarikat.
Berdasarkan laporan aduan, Heyman telah secara agresif melanggar ejen perkhidmatan rahsia sehingga beliau terpaksa mengeluarkan wartawan itu beberapa kali dari laluan lorong di bangunan utama Capitol.
Heyman didakwa menyebabkan gangguan kepada Conway dan Price
Wartawan itu akan didakwa sengaja menganggu proses kerajaan.
Namun, Heyman berkata, dia berada di ruang awam dan tidak diberi amaran untuk melangkah jauh.
American Civil Liberties Union mempertahankan tindakan Heyman dengan menyatakan: “Penahanan itu adalah satu percubaan terang-terangan untuk menyekat kebebasan media. Pertuduhan itu adalah keterlaluan dan mereka mesti mengugurkan dengan segera”. – MalaysiaGazette