Home Nasional SPM 2019: Tiada lagi negeri terbaik diumumkan

SPM 2019: Tiada lagi negeri terbaik diumumkan

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Dr. Habibah Abdul Rahim. foto SYAFIQ AMBAK, 05 MAC 2020.

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan tidak akan mengumumkan negeri yang mencatat keputusan terbaik dan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2019.

Ketua Pengarah Pelajaran, Dr Habibah Abdul Rahim berkata, ini kerana pihaknya enggan mengangkat pencapaian sesebuah negeri itu.

Sebaliknya ujar beliau, kementerian lebih selesa menonjolkan pencapaian yang diraih oleh para calon.

“Kami tidak mahu mengumumkan negeri mana yang terbaik pada SPM 2019. Kami tidak mahu menunjukkan perbandingan antara negeri sebaliknya menonjolkan pencapaian calon,” katanya.

Beliau berkata demkian pada sidang media pengumuman analisis keputusan SPM 2019 di sini hari ini.

Sementara itu, Habibah berkata, semua sekolah boleh mendaftat untuk format Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baharu 2021 mulai bulan.

“Dengan kurikulum baharu di peringkat sekolah menengah, maka format SPM 2021 akan ada perubahan. Jadi dalam peringkat ini Kementerian Pendidikan masih dalam proses memuktamadkan proses tersebut.

“(Ia) hampir selesai, jadi Lembaga Peperiksaan akan upload ke dalam website Kementerian Pendidikan pada minggu hadapan,” katanya.

Beliau diminta mengulas rungutan ibu bapa yang masih tertanya-tanya format baharu SPM bagi 2021 susulan penggubalan kurikulum pelajaran baharu. – MalaysiaGazette