Home Politik Muhyiddin, Azmin yang cadang Bersatu keluar PH – Khalid

Muhyiddin, Azmin yang cadang Bersatu keluar PH – Khalid

Khalid Abdul Samad

KUALA LUMPUR – Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Samad mendakwa Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menjadi dalang kepada kehancuran Pakatan Harapan (PH).

Khalid yang juga bekas Menteri Wilayah Persekutuan turut mendakwa kedua-dua mereka menjadi pencetus yang mencadangkan agar Bersatu keluar daripada gabungan PH.

“Tun M kata saya tidak ada masalah dengan Kabinet, kenapa nak keluar daripada PH? Sampai tepuk meja, mereka telah setuju untuk serah kepada saya, kenapa nak keluar pulak.

“Muhyiddin bersama dengan Azmin sibuk cadangan Bersatu keluar daripada PH. Sampai Tun tidak kata apa, dia tidak pergi ke sidang media di Sheraton sebab dia kecewa.

“Dia kecewa kerana parti yang di bina dan menang PRU-14, khianat kepada dia dan paksa dia kerja dengan UMNO,” katanya dalam majlis temu rapat khas aktivis PH Gombak bersama pimpinan PH peringkat nasional di Pusat Khidmat Peduli Masyarakat malam tadi.

Turut hadir adalah Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil dan Ahli Dewan Undangan Hulu Kelang, Saari Sungip.

Khalid juga berkata perkara itu membuatkan Mahathir kecewa dengan cadangan itu lalu meletakkan jawatan.

Dalam pada itu, Khalid turut mendakwa kedua-dua pemimpin Perikatan Nasional (PN) mula meracuni pemikiran Mahathir dan melaga-lagakan beliau dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Dalam keadaan itu, dia rasa kecewa sangat dan buat keputusan serah surat letak jawatan. Dia kata saya sudah tidak layak jadi perdana menteri, bagi dia satu cara untuk jadi PM semula adalah dengan mendapat mandat daripada rakyat.

“Dia tidak cerita kepada kita kerana Muhyiddin dan Azmin sudah meracuni otak Tun Mahathir. Anwar dihasut untuk benci Mahathir ini kerja Azmin dan kawan dia, Tun pula dihasut untuk benci Anwar, ia semua kerja Azmin.

“Ini tindakan jahat dan licik, dia pergunakan dan laga-lagakan dan akhirnya ada masalah Dr Mahahtir pun tidak sanggup nak datang cerita kepada kita keadaan sebenar,” cerita Khalid KPPA lebih 70 penyokong PH dalam siri jelajah itu. -MalaysiaGazette

3 Komen

  1. atau ko yg kecewa ni khalid?…iya lah PH tumbang bermakna musim menuai kekayaan harta telah berakhir..dan sekarang terpaksa mengikat perut lagi seperti dahulu.

Comments are closed.