KUALA LUMPUR – Pelakon Syifa Melvin meminta netizen berhenti melemparkan kata-kata cacian kepada kekasihnya yang juga pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) iaitu Safawi Rasid selepas timbul kontroversi dia menjadi punca kemerosotan prestasi penyerang itu.
Syifa atau Nur Syifa Athirah Amirol Melvin, 26, memberitahu paparan skrin mesej perbualan antara Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Safawi yang dikongsikan di Instastory pemilik JDT itu merupakan perbualan lama.
“Berhenti panggil Safawi bodoh. Anda semua tak tahu keseluruhan cerita! Dia bukan saja-saja cakap macam itu! Salah dia cakap begitu tapi dia ada sebab cakap macam itu dan itu adalah perbualan lama.
“Dia muda lagi dan semua orang buat salah! Mengenali hati dia sangat bersih dan baik. Atas tuntutan lain dia terpaksa! Stop this bullsh** la. Anda semua boleh maki saya tapi bukan Safawi.
“Yang cari fasal tu cari fasal dengan aku, jadi aku hadap saja sebab dah lama sangat tak puas hati nampak gayanya. Aku pertahankan dia sebab aku tahu hati budi dia macam mana,” tulis di Insta Story miliknya.
Semalam, pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang dikenali Tunku Mahkota Johor (TMJ) mendedahkan kemerosotan mendadak prestasi Safawi disebabkan tekanan daripada kekasihnya yany mendesak mahu berkahwin pada tahun ini.
Malah, TMJ turut memberi nasihat kepada adik kepada pelakon Syatila Melvin itu untuk tidak mengambil kesempatan kepada bintang muda bola sepak itu.
Sementara itu, netizen mula berkongsi foto Syifa menerima hadiah seperti telefon bimbit jenama Iphone Pro Max dan beg tangan jenama Louis Vuitton (LV) daripada kekasihnya.
Syifa bagaimanapun menegaskan apa yang diterimanya itu adalah pemberian daripada Safawi dan dia juga pernah memberikan hadiah kepada kekasihnya.
Syifa turut meluahkan rasa sedih melihat kekasihnya itu menerima kecaman yang teruk pada ulang tahun kelahirannya yang ke-23 pada hari ini.
“Berhenti la kongsi Iphone Pro Max, LV. Itu pemberian dan hadiah hari jadi. Dia beri dengan minta boleh bezakan. Kalau tak boleh beza, nampak sangat bodoh. Tanya pula Safawi apa dia dapat?
“Tapi dia lelaki, jenis tak tunjuk. Jadi jangan buat dosa percuma! Tak takut kena koronavirus ke? Daripada menjadi juri, bagilah sokongan moral kepada Safawi.
“Nak dia buat terbaik setiap masa bukan cara ini untuk paksa dia. Anda semua nak dia bersinar kenalah sokong bukan menjatuhkan dia terutama pada hari lahirnya hari ini. What a gift!” ujarnya.
Syifa juga merayu kepada semua pihak untuk memberi semangat kepada Safawi bukannya menghentam Safawi yang kini menanggung kehidupan keluarganya di kampung.
“Saya merayu untuk berhenti fasal salah faham ini dan bawa Safawi ke laluannya semula. Tanggungan dia besar di kampung, jangan buat begini kepada dia!
“Ingat dia budak kampung yang ada tanggungjawab besar untuk keluarga. Jangan jatuhkan dia dengan benda bodoh dan benda peribadi macam ini. Tiada guna!” katanya. – MalaysiaGazette
Maslh dia org ni…tak ada msa nk ambik pduli pasa mslh ko lh, tak ada kptingan lngsung pun ambil hal mslh ko dua ni..lbh ptg aku ambil tahu pasa ngra skrg, ko ada ke ko tak ada ke tak dpt apa2 kesan pun..