Home Politik PH Melaka nafi 3 ADUN Melaka berpaling tadah diterima semula

PH Melaka nafi 3 ADUN Melaka berpaling tadah diterima semula

Pakatan Harapan PH flag Sarawak state election polls
PRN Johor menjadi ‘makmal’ bagi parti-parti dalam Pakatan Harapan.

KUALA LUMPUR – Tiada sebarang mesyuarat Pakatan Harapan (PH) Melaka berhubung keputusan penerimaan semula tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) negeri itu yang bertindak menyokong Perikatan Nasional (PN).

Menurut respon daripada dalam seorang pegawai pimpinan PH, ia adalah satu kenyataan palsu yang ditularkan hari ini.

“Tidak benar ada mesyuarat PH Melaka seperti yang ditularkan,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Hari ini tular satu kenyataan satu muka surat bahawa PH Melaka telah mengadakan mesyuarat selepas menerima kembali ADUN Paya Rumput, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen; ADUN Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee dan ADUN Telok Mas, Datuk Noor Effandi Ahmad.

Ketiga-tiga mereka menyokong pembentukan kerajaan negeri baharu menerusi gabungan bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Barisan Nasional (BN) baru-baru ini.

Pada Isnin lalu, BN Melaka mengumumkan pembentukan kerajaan negeri baharu menerusi gabungan bersama Bersatu.

Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, ketika mengumumkan perkara itu turut mengesahkan penyertaan ADUN Rembia daripada PKR, Datuk Muhammad Jailani Khamis, dan ADUN Pengkalan Batu daripada DAP, Datuk Norhizam Hassan Baktee dalam gabungan Perikatan Nasional.

Kemelut politik di Melaka kembali bergolak apabila sekumpulan 13 ADUN negeri itu menarik balik kerjasama dengan dua ADUN Bersatu di negeri itu kerana mendakwa mereka tidak ikhlas terutama dalam menamakan calon Ketua Menteri Melaka yang baharu.

Kedua-dua wakil rakyat itu ialah ADUN Telok Mas, Mohd. Noor Effendi Ahmad dan ADUN Paya Rumput, Datuk Mohd. Rafiq Naizamohidden.

Bagaimanapun, sekumpulan 13 ADUN BN itu masih bergabung dengan dua lagi ADUN iaitu ADUN Rembia, Datuk Jailani Khamis dan ADUN Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee. -MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.