Home Politik Pecat anggota hanya pecah belahkan PKR, rungkai kenapa Anwar gagal diangkat sebagai...

Pecat anggota hanya pecah belahkan PKR, rungkai kenapa Anwar gagal diangkat sebagai PM

Haniza Mohd Talha

KUALA LUMPUR – Wanita PKR berharap kemelut yang melanda parti itu dapat diatasi dalam masa yang terdekat bagi membolehkan semua pihak memberi tumpuan membangunkan ekonomi dan negara.

Ketua Wanitanya, Haniza Mohd Talha berkata, seluruh sayap pergerakan parti itu tetap kukuh dan tetap dengan prinsipnya tanpa mengkhianati teras perjuangan parti.

Katanya, Waniat PKR berpendirian tidak mencampuri kemelut yang berlaku di dalam Pakatan Harapan (PH).

“Wanita Keadilan tidak boleh berada di situasi yang boleh memecahkan kesatuan wanita kerana ia mampu menjejaskan gerakan dan kerja untuk rakyat.

“Wanita Keadilan turut menggesa supaya kesemua kepimpinan dan anggota Parti Keadilan Rakyat merapatkan saf dan tidak lagi memburukkan keadaan dengan menambah kepada kucar-kacir yang melanda parti kita sejak kejatuhan kerajaan pusat Pakatan Harapan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Lembah Jaya itu berpendapat tindakan PKR menjejaki anggota-anggota untuk dipecat hanya akan memecah-belahkan serta melemahkan lagi keutuhan parti tersebut.

Menurutnya, Wanita PKR mengambil pendekatan bahawa sekiranya ada anggota-anggota yang ingin meninggalkan parti, mereka bolehberbuat demikian.

“Kami akan berpegang kepada prinsip-prinsip demokrasi dan kebebasan bersuara dan menjemput kesemua 14 orang ahli Majlis Pimpinan Wanita Pusat yang mahu mendengar pendirian kami untuk secara berhemah hadir serta berbincang dalam mesyuarat parti.

“Kita semua perlu mengambil iktibar daripada apa yang berlaku sehingga hari ini dan merungkai kenapa kita gagal dalam usaha mengangkat presiden sebagai Perdana Menteri Ke-8.

“Marilah kita semua melahirkan azam, keikhlasan dan tekad untuk membangun parti kita sebagai sebuah parti yang mantap dan berkebolehan bagi menerajui Pakatan Harapan,” tegasnya lagi. – MalaysiaGazette

5 Komen

  1. Pecat jer semua geng kartel pengkhianat parti, tiada maaf bagi mu. Perosak parti.

  2. X payah cari mereka. Mereka dah mula keluar PKR berjamaah di serata negara. Dr Sabah sampai ke Kelantan.

    Bye2 la Bang Non… Kak Wan… Adinda Izzah…

  3. Wanita jgn larang sebaliknya suruh jenamakan senula parti tukar… Nama PKRBAKAL…

  4. X ke mana pun parti PKR ni.. Perjuangan yg semata2 hanya kerana seseorang manusia yg konon nye di aniaya…. Sebab tu parti ni x ke mana.. Setakat buat huru hara je yg boleh… Sama lah dgn parti PAN… Parti yg hanya di cipta untuk memecah belah rakyat dan melayu

Comments are closed.