KUALA LUMPUR – Desas desus Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya telah meletakkan jawatan semakin hangat kedengaran.
Latheefa dikatakan telah menghantar surat peletakan jawatan tiga hari lalu.
Kekosongan jawatan itu disebut akan diisi oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki
Bagaimanapun ketika ditanya tentang perkara tersebut, Latheefa enggan mengulas lanjut sebaliknya hanya berkata:
“Tiada komen. Saya datang ke sini (mahkamah) untuk memberi keterangan.”
Beliau ditemui media selepas memberi keterangan sebagai saksi ke-13 kes SRC International Sdn Bhd di Kompleks Mahkamah di Jalan Duta.
Buletin Utama TV3 turut menyiarkan berita peletakan jawatan Latheefa dengan memetik sumber.
Pelantikan Latheefa sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM ke-14 untuk tempoh kontrak dua tahun bermula 1 Jun 2019 hingga 31 Mei 2021. – MalaysiaGazette