TEHRAN – Iran mengehadkan perjalanan antara bandar-bandar utama dalam usaha mengurangkan penyebaran wabak koronavirus yang telah mengorbankan 107 nyawa,
Semua sekolah telah ditutup sehingga April, namun Menteri Kesihatannya, Saeed Namaki mengingatkan cuti itu bukan peluang untuk mengembara.
Malah, beliau meminta penduduk Iran mengurangkan penggunaan wang tunai.
Langkah itu dibuat selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran beberapa negara yang masih tidak melaksanakan pendekatan mencukupi untuk menangani virus berkenaan.
Tetapi, Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus percaya penularan wabak ini dapat ditangani dan meminta negara-negara yang dijangkiti tidak berputus asa.
Iran adalah salah sebuah negara yang terjejas teruk dengan koronavirus baru atau Covid-19 yang berpunca dari China.
Di seluruh dunia, pihak berkuasa mengesahkan lebih 92,000 kes virus berkenaan dengan 80,000 di China,
Lebih 3,000 orang meninggal dunia dengan kebanyakan kematian berlaku di China. – MalaysiaGazette – MalaysiaGazette