Home Utama Sah, Latheefa Koya letak jawatan KP SPRM

Sah, Latheefa Koya letak jawatan KP SPRM

Latheefa Koya bertemu Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi menjelaskan peletakan jawatannya sebagai Ketua Pesuruhnaya SPRM.

KUALA LUMPUR – Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya berkata, beliau telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin, 2 Mac lalu.

Latheefa dalam satu kenyataan berkata, peletakan jawatan itu adalah keputusannya sendiri dan bukannya disebabkan sebarang tekanan. .

“Hasrat saya mahu kembali sebagai peguam hak asasi manusia,” katanya.

Menurut Latheefa, beliau telah bertemu perdana menteri semalam menjelaskan keputusan untuk melepaskan jawatan tersebut dan Muhyiddin memahami kedudukannya.

Katanya, beliau juga memberi penerangan kepada perdana menteri tentang tindakan serta usaha yang sedang dilakukan untuk mendapatkan semula wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dari luar negara yang telah dicuri.

“Perdana Menteri memberikan sokongan penuh ke atas tindakan-tindakan tersebut,” katanya.

Latheefa berkata, sepanjang minggu ini beliau telah bertemu dan berbincang dengan timbalannya Datuk Seri Azam Baki dan juga ketua-ketua jabatan SPRM untuk memastikan proses penyerahan tugas berjalan lancar.

Katanya, beliau melepaskan jawatannya dengan penuh keyakinan bahawa SPRM akan terus memerangi rasuah tanpa gentar dan tidak mengenal erti penat juga mengetepikan pangkat serta pegangan politik pihak yang terlibat dalam rasuah.

“Saya berterima kasih kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir, rakan-rakan dalam SPRM dan rakyat di atas segala sokongan yang saya peroleh sepanjang perkhidmatan saya sebagai Ketua Pesuruhjaya,” Katanya. – MalaysiaGazette

 

11 Komen

  1. Dah koyak ker… ?? ayat win …” tak gentar…. tak penat… ketepikan pangkat dn pegangan politik…. ” camne pulak dgn kes menteri kewayangan…. geng la katakan…. haaa haa

  2. Kes belum settle dh letak jawatan , xpe le semoga kembali kpd hak asasi manusia terbela demokrasi

  3. Ini boleh jadi strategi PH. Semua lantikan penting PH disuruh letak jawatan supaya PH boleh buat persepsi kepada rakyat yg UMNO sedang membersihkan pemimpin2 UMNO yg bermasalah.

  4. Alhamdulillh. Betina ni letak juga jwatan..sblum org tendang ko, bgus lh ko ltak jwatan..ko jadi kp sprm tak ada fungsi lngsung..meroskan sprm adalh..i gat ingat nak silat syukur hr ni..krna betina ni ltak jwatan..

  5. Lepas ni tau la giliran KOYA pulak …..penjara Sungai Buloh menantinya. Jangan lari balik KERALA pulak. Haaa…niat hati yang busok ni lah balasannya. ان شاء اللہ

  6. Orang yang betul2 hebat dan berintegriti boleh bekerja dengan siapa saja diatas prinsip keadilan?

    Ini baru je tukar kerajaan semua cabut lari! Tiada apa yang nak ditakutkan!

    Undang2 kan ada?

  7. Boleh lah siasat pulak geng2 PH… Terutama LGE mujahid sawa… Mana2 yg jual aset negara tuuu.. Sila siasat

  8. Elak lah letak jawatan tu .. perlantikkan kau pun perlantikksn politik .. nampak sangst berat sebelah .. kes LGE terowong buat buat tak nampsk je .. eloklah kau latifah koyakkk berambus cepat dr SPRM .. dgn lagak kau yg sombong ego dan besar diri tu … puiii

Comments are closed.