KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak kesal kerana Latheefa Koya melepaskan jawatannya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum sempat membuka semula kes banglo dan projek terowong Pulau PinangĀ membabitkan Lim Guan Eng.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, Latheefa yang memegang jawatan itu atas lantikan politik tidak pernah mendakwa mana-mana pemimpin Pakatan Harapan.
Malah, katanya, Latheefa hanya menulis surat kepada parti PKR apabila mendapati ada salah laku pemimpin parti tanpa didakwa.
Namun, kata Najib, Latheefa telah mencatat sejarah sebagai ahli parti politik pertama dilantik menjadi Ketua SPRM dan Ketua SPRM pertama yang mendedahkan rakaman audio dan video secara umum sebelum apa-apa siasatan bermula, juga sebelum rakaman tersebut disahkan tulen.
Awal pagi tadi, Latheefa dalam satu kenyataan mengesahkan telah menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Perdana Menteri pada 2 Mac lalu.
Tindakan itu dibuat atas pilihannya sendiri dan bukannya disebabkan sebarang tekanan. – MalaysiaGazette
Tindakan yang tepat melentakan jawatan kerana perlantikan dahullu hanya untuk kepentingan politik sebelah pihak sahaja bukan untk keadilan semua..
Latheefa yang memegang jawatan itu atas lantikan politik tidak pernah mendakwa mana-mana pemimpin Pakatan Harapan.
Ini lah saja LEGASI Latheefa yang patut ditulis dalam buku sejarah tingkatan dua?
Letak jawatan sbb dah takut .. klu tak lepas jawatan nanti koyakkk latifah kena kerjakan oleh mp pakatan Nasional .. dipakss buka balik kes terowong LGE ..
Kau pegang jawatan tak jujur dan amanah latifah koyakk .. berat sebelah .. lantikkan politik .. eloklah kau berambus tu .