Home Nasional Pembentukan kerajaan baharu tak demokratik- Patriot

Pembentukan kerajaan baharu tak demokratik- Patriot

Penjawat awam di semua peringkat yang secara sengaja atau cuai serta tidak melaksanakan arahan kerajaan baharu wajar dikenakan tindakan disiplin, kata Presiden Persatuan Patriot Kebangsaan Datuk Mohamed Arshad Raji.
Presiden Persatuan Patriot Kebangsaan Datuk Mohamed Arshad Raji.

KUALA LUMPUR- Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot) mendakwa penubuhan kerajaan baharu dan pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri tidak melalui proses demokrasi.

Dengan itu, pihaknya menggesa supaya nama dan bilangan ahli parlimen yang memberi sokongan kepada calon Muhyiddin dan Tun Dr. Mahathir didedahkan.

Presiden Patriot, Brigadier Jenaral (Bersara) Datuk Mohamed Arshad Raji berkata, sidang parlimen juga tidak seharusnya ditangguhkan.

Ini bagi membolehkan sokongan terhadap Perdana Menteri dan kerajaan baharu diuji dan sekiranya Pakatan Harapan (PH) memperoleh sokongan majoriti oleh Dewan Rakyat, mereka perlu diberi peluang untuk membentuk kerajaan mengikut mandat yang telah diberikan rakyat semasa Pilihan Raya Umum ke-14 lalu.

“Apabila demokrasi dikompromi atau dipergunakan, ia akan mengancam kestabilan negara. Jika kita benarkan pencuri-pencuri dan individu korup ini untuk terus merompak wang negara, ini bermakna kita membenarkan negara terjerumus kepada ketidakstabilan.

“Individu-individu tersebut tidak layak dihormati dalam masyarakat kita.

“Ini yang Patriot tidak mahu lihat. Sebagai rakyat yang terlatih, berdisplin dan patriotik, kami mahu bangkit mempertahankan negara dan raja,” katanya dalam satu kenyataan di  hari ini.

Patriot juga menggesa sesiapa yang bakal dilantik sebagai menteri Kabinet termasuk pegawai-pegawai lantikan politik mestilah disahkan bersih oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis terlebih dahulu.

Ini katanya bagi memastikan mereka tidak memiliki rekod rasuah atau jenayah lampau serta pertuduhan-pertuduhan jenayah yang masih dalam proses penghakiman.

“Inilah masanya kita menghapuskan individu korup dan penjenayah sebagai pemimpin,” katanya lagi.

Patriot yang jelas tidak bersetuju dengan pembetukan kerajaan baharu itu meminta supaya peristiwa yang membawa kepada pelantikan Ahli Parlimen Pagoh itu sebagai Perdana Menteri Kelapan disiasat tanpa rasa takut atau berat sebelah.

Ujarnya, rakyat telah menyuarakan rasa tidak puas hati dan jelik terhadap individu-individu yang sedang dibicarakan di mahkamah yang terlibat dalam menumbangkan sebuah kerajaan yang dipilih secara demokrasi,

“Ahli-ahli politik yang terlibat dalam rampasan kuasa itu tidak boleh mendakwa mereka adalah arkitek demokrasi kerana rakyatlah yang seharusnya mempunyai kuasa tersebut.

“Para ahli politik mempunyai tanggung jawab moral untuk menunaikan amanah yang diberikan dan dengan itu Patriot tidak percaya dengan jaminan yang diberikan oleh pembelot dan pengkhianat,” katanya.-MalaysiaGazette

 

7 Komen

  1. Lu sapa mau royan ni , mula cakap tk demokratik , lps tu pula minta lantik menteri kabinet yg disahkan bersih . Lu cakap apa Cai , kalu cai tk suka boleh diam tak . Lu punya idola guan end dulu tgh bicara , lantik juga menteri , lps tu peguam negara poltik buang kes Lu duduk mana tkdk bunyi , diam seropa babi kenyang saja . Get lost la

  2. Apa tk demokratik. Siapa letak letak jawatan. Siapa yg tamak naj jadi PM. Patriot dapat sokong PH dapat aps. Aset tentera depa jual . Sampai maruah negara tergadai. Aendiri piki lah. Jgn jadi lembu kena tarik hidung. Bantu kerajaan baru n partriot akan terbela.

  3. Perhatikan, orang yg susah lepas belajar ada hutang , apa kerja pun dibuat asal dpt makan, jauh sekali nak dapat kerja yang sama dgn kelulusan, belum lg kisah mak bapak kat kg kat rumah, tak tau jd motivator atau kaki bising . Perut ni dah mual dengar orang tua2 ni cakap pasal demokratik, pasal patriot, pasal apa pintu bagai, nak muntah dengan bau niat khianat dia org ni tak paham2 masalah org nak cari makan. Kau pk satu je boleh tak , kau pk pintu kubur cukup.. ok lah sama2 kita pk pintu kubur, kau kubur kau … aku pk kubur aku.

  4. Masyuuuukkk… Janji masyuk. Nama jer patriot tp sokomg komunis dan ltte? Entah-entah patriot duit jer kot?

    Entah-entah…

  5. Si Lancau yg bernama Arshad ni semasa pakatan najis alias harapan jadi kerajaan dulu knapa berdiam diri apabila kes rasuah LGE di kelassifikasikan sbg NFA…Dan begitu juga lain2 kes rasuah yg didiamkan..Dan bagaimana pula kes Arwah Adib? Kenapa kau diam…

Comments are closed.