Home Nasional Jangan heret rakyat ke jalan raya – Rani Kulup 

Jangan heret rakyat ke jalan raya – Rani Kulup 

Abdul Rani Kulup Abdullah
Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup bersama NGO Gabungan pada sidang media berkenaan isu kerajaan baru yang diterajui oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin di Kg Warisan Cafe Club House, Jalan Jelatek, Kuala Lumpur. foto AFIQ RAZALI, 06 MAC 2020

KUALA LUMPUR – Pemimpin parti politik di negara ini diingatkan tidak mengheret rakyat untuk turun ke jalanan bagi menyertai perhimpunan haram untuk membantah pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan.

Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah menegaskan, pertikaian itu tidak sepatutnya timbul kerana Muhyiddin dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong (YDPA) dan mengikut Perlembagaan Persekutuan.

“Kepada pemimpin politik jangan heret rakyat ke jalan raya. Kamu nak tentang siapa? Jangan menentang Perdana Menteri yang telah dilantik oleh YDPA.

“Jangan tentang, jangan lawan. Sebagai rakyat Malaysia, kita akur akan Rukun Negara, Kesetiaan Kepada Raja dan Negara.

“Seluruh rakyat Malaysia tak kira apa pangkat dan status, kamu YB ker…kamu menteri ker, kamu kena taat setia kepada YDPA,” katanya pada sidang media di Kampung Warisan Cafe Club House, Jalan Jelatek, di sini, hari ini.

Abdul Rani Kulup Abdullah
Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup bersama NGO Gabungan pada sidang media berkenaan isu kerajaan baru yang diterajui oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin di Kg Warisan Cafe Club House, Jalan Jelatek, Kuala Lumpur. foto AFIQ RAZALI, 06 MAC 2020

Abdul Rani Kulup menegaskan, sekiranya mana-mana pihak membantah pelantikan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri kelapan, ia sama seperti mempertikai dan mempersoalkan kuasa YDPA.

“Dengar cerita nak buat undi tak percaya, itu lantak kau lah orang politik, saya tak campur. Tapi Ayah dengar telinga ini, itu sebab ayah ambil mikrofon taruk kat telinga.

“Itu semua simbolik, kejap lagi nak kena makan mikrofon ini. Kalau kita lawan di Parlimen, maknanya kau lawan YDPA,” katanya.

Katanya lagi, sekiranya pilihan YDPA itu masih tidak memuaskan hati semua pihak, Abdul Rani Kulup menggesa kuasa itu diserahkan kembali kepada rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

“Kalau tak puas hati juga, serah kuasa itu kepada rakyat, tak payah gaduh-gaduh, tak payah susah-susah, pangkah lah, undilah. Hari ini kita gaduh kerana pangkah lah,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Setuju. Waktu BN kalah PRU-14, tiada ada sebarang rusuhan. BN lebih profesional dan lebih mementingkan rakyat dan negara. Dalam PH ada ramai lawyer tapi tak profesional. PH jatuh bukan kerana angkara sabotaj dari luar. Kehancurannya dicetuskan oleh pemimpin-pemimpinnya yang gila kuasa dan tidak mementingkan penderitaan rakyat. Pemimpin utama PH harus muhasabah diri dan jangan salahkan orang lain.

Comments are closed.