Home Dunia Ahli Parlimen UK terima kenaikan gaji tahunan 3.1 peratus

Ahli Parlimen UK terima kenaikan gaji tahunan 3.1 peratus

Kali pertama semua wakil rakyat Parlimen UK akan menikmati gaji tahunan 81,000 mulai 1 April ini

WESTMINSTER – Durian runtuh kepada semua ahli-ahli Parlimen United Kingdom apabila menerima kenaikan gaji tahunan sebanyak 3.1 peratus.

Dengan pengumuman baharu oleh Perdana Menteri, Boris Johnson itu bermula 2020/2021, gaji pokok setiap ahli parlimen meningkat daripada £79,468 kepada £81,932 setahun.

Kenaikan itu akan berkuatkuasa mulai 1 April ini.

Bagi tahun 2019, kenaikan gaji wakil rakyat adalah 2.7 peratus, tahun 2018 (1.8 peratus), tahun 2017 (1.4 peratus), tahun 2016 (1.3 peratus) dan 10.4 peratus daripada £67,000 kepada £74,000 untuk tahun 2015.

Pengumuman itu juga menyaksikan kali pertama gaji seorang ahli parlimen melepasi paras £80,000 berbanding £65,738 pada tahun 2010.

Kebanyakan ahli parlimen yang melaksanakan khidmat sambilan yang lain menerima gaji tambahan termasuk pengerusi jawatankuasa pemilihan dan menteri.

Pengerusi jawatankuasa pemilihan kini dibayar gaji £16,422 iaitu peningkatan daripada £15,928 pada April 2019.

Bagi seorang guru di UK, purata gaji permulaannya pada tahun 2010 adalah £21,200 tetapi kini naik kepada £24,200.

Gaji bagi seorang polis konstabel adalah permulaanya £23,000 pada 2010 dan kini meningkat hanya £1,200 menjadi £24,200 ketika ini.

Para ahli Parlimen di UK kebanyakannya manghabiskan lebih masa di Westminster  membuat dan menggubal undang-undang baharu selain membangkitkan isu berkaitan perlembagaan.

Sidang Parlimen kali ini dijangkakan pada Mei atau Jun 2020.-MalaysiaGazettte