LOS ANGELAS – Seorang pakar Covid-19 (koronavirus) menjilat jarinya semasa sidang media sambil memberi amaran kepada awam supaya tidak menyentuh mulut bagi mengelak penularan virus maut itu.
Dr. Sara Cody daripada Jabatan Kesihatan Awam Santa Clara Countty, California tidak dapat mengelak tabiat buruk beliau itu sementara melontar amaran kepada masyarajat di kawasannya cara untuk mengelak dijangkiti Covid-19.
“Hari ini cuba mengelak diri anda daripada menyentuh muka sebab salah satu cara utama virus merebak adalah apabila kamu sentuh mulut, hidung atau mata anda,” katanya.
Ketika Cody menukar muka surat catitan kertas notanya, beliau meletakkan jarinya ke mulut.
Klip video yang merakam tindakan wanita itu menjilat jari ditular dalam media sosial.
Terdapat mereka yang menonton sidang media secara langsung mengambarkan betapa sukarnya untuk menerima amaran pakar kesihatan itu agar tidak menyentuh muka.
Saintis mendakwa virus itu boleh hidup di atas permukaan sehingga 48 jam dan memberi amaran bahawa dengan menyentuh permukaan tercemar kemudian menggosok mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci memudahkan jangkitannya.
Pada Rabu lalu, Presiden Donald Trump mendakwa dia cuba mengelak daripada menyentuh mukanya sejak lebih seminggu lalu.
Setakat ini, 150 orang didiagnosis dengan Covid-19 di Amerika Syarikat manakala 11 orang telah meninggal dunia.
Di peringkat global, 96,440 orang telah dikesan dijangkiti virus itu dengan 3,301 orang dilaporkan meninggal dunia. – Agensi